awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayern Munich gantung, denda Sadio Mane ekoran insiden tumbuk Leroy Sane

Astro Arena
Astro Arena
14/04/2023
03:46 MYT
Bayern Munich gantung, denda Sadio Mane ekoran insiden tumbuk Leroy Sane
Kedua-dua pemain itu dilaporkan telah memohon maaf di hadapan rakan sepasukan mereka semasa latihan semalam. - Gambar/ Stadium Astro
SADIO Mane telah digantung dan didenda oleh Bayern Munich selepas dia didakwa menumbuk rakan sepasukan, Leroy Sane.
Bekas penyerang Liverpool itu dilihat bertengkar dengan Sane semasa kekalahan 3-0 Bayern pada pusingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara di Manchester City pada hari Selasa, dengan laporan menunjukkan pemain itu menyerang Sane selepas perlawanan dan mencederakan bibir pemain sayap Jerman itu.
Kedua-dua pemain itu dilaporkan telah memohon maaf di hadapan rakan sepasukan mereka semasa latihan semalam, tetapi Bayern mengesahkan bahawa Mane tidak akan berada dalam skuad untuk pertembungan di tempat sendiri dengan Hoffenheim esok.
Kenyataan juara Bundesliga itu semalam berkata bahawa Mane tidak akan terlibat pada hujung minggu ini kerana 'salah laku' berikutan kekalahan di Stadium Etihad dan dia juga dikenakan denda.
Mane menjaringkan 11 gol dan lima bantuan jaringan dalam 32 penampilan musim ini, manakala Sane menjaringkan 13 gol dan tujuh bantuan jaringan daripada 36 perlawanan. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Sadio Mane
#Leroy Sane
#Bayern Munich
#bergaduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan