GEORGE TOWN: Beberapa jalan di sekitar George Town dan Jambatan Pulau Pinang dari bahagian pulau menghala ke seberang akan ditutup secara berperingkat Ahad ini sempena pelepasan Jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) peringkat ke enam yang bermula di Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pelepasan Jelajah LTdL dari Pulau Pinang ke Alor Setar, Kedah membabitkan 120.4 kilometer itu akan bermula di Padang Kota Lama, di sini pada 8 pagi, Ahad.
"Sehubungan itu, bagi memastikan kelancaran program itu terdapat beberapa laluan utama dari tapak pelepasan iaitu Padang Kota Lama menghala ke Jambatan Pulau Pinang akan di lakukan penutupan secara berperingkat iaitu Jalan Padang Kota Lama bermula 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari Ahad.
"Kawasan Jalan Padang Kota Lama itu ditutup lebih awal bagi memberi laluan kenderaan yang terlibat dalam Jelajah LTdL melakukan persiapan sebelum pelepasan pada 8 pagi Ahad itu dan seterusnya Jalan Syed Barakbah ditutup bermula 12.01 tengah malam hingga 11 pagi Ahad," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya Lebuh Light, Jalan Pengkalan Weld dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pula akan ditutup bermula 8 pagi hingga selesai iaitu kira-kira 11 pagi.
Soffian berkata selain itu penutupan penuh bagi kenderaan masuk ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke arah Jambatan Pulau Pinang yang melibatkan beberapa persimpangan iaitu persimpangan Gat Lebuh Perangin, Gat Lebuh Magazine, Lebuh Maccalum dan Lebuh Cecil dengan kesemua kenderaan akan dilencongkan ke arah pusat bandar sahaja.
Katanya kenderaan dari arah Sungai Pinang akan dilencongkan ke arah pusat bandar dan ke arah Persiaran Karpal Singh sahaja iaitu penutupan penuh akan dibuat kepada laluan untuk masuk ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu hala ke Jambatan Pulau Pinang.
"Kenderaan arah Jalan Ahmad Nor (Jelutong) dan Jalan Tengku Kudin akan dilencongkan ke arah pusat bandar sahaja manakala kenderaan di bulatan Gelugor ke arah Jalan Sultan Azlan Shah. Susur masuk dari Jalan Pantai Sinaran ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu akan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan," katanya.
Beliau berkata susur masuk Jambatan Pulau Pinang dari arah pusat bandar dan Bayan Lepas ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan bermula 9 pagi hingga selesai kerana pelumba LTdL akan menggunakan laluan jambatan itu.
Menurutnya orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif seperti Jalan Jelutong dan Jalan Sultan Azlan Shah untuk mengelak kesesakan lalu lintas dan mereka yang dari bahagian pulau mahu ke seberang boleh menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
"Pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk memberi kerjasama penuh dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang bertugas bagi memastikan kelancaran sepanjang program itu," katanya.
Beliau berkata 147 pegawai dan anggota polis dibantu Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Jabatan Sukarelawan Malaysia akan bertugas memastikan kelancaran trafik pada hari tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022
Peserta PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) memulakan kayuhan peringkat Putrajaya - Genting Highlands di Jambatan Putra, hari ini. - Foto BERNAMA
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Banjir Kedah: Jalan ke UUM sudah dibuka, boleh dilalui kenderaan biasa - Polis
Jalan utama ke Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Lebuhraya Changlun-Sintok yang sebelum ini dinaiki air, kini sudah boleh dilalui kenderaan biasa.
Beberapa jalan utama di Raub ditutup akibat banjir
Antara yang ditutup kepada kenderaan ringan adalah KM344-KM342 Jalan Kuala Lipis-Kota Bharu (Gali Lurus-Gali Hilir) dan Jalan Cheroh-Gesing.
Banjir: 30 jalan utama di Kelantan ditutup
Daripada keseluruhan 30 jalan utama, 14 jalan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan manakala 16 lagi hanya kenderaan ringan.
Banjir: 20 jalan Persekutuan di Kelantan ditutup - JKR
Sebanyak 20 jalan Persekutuan membabitkan enam jajahan di Kelantan telah ditutup setakat ini, susulan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.
Banjir: Jalan Persekutuan di Sungai Durian, Kuala Krai boleh dilalui - Polis
Jalan Persekutuan dari Kota Bharu ke Gua Musang berhampiran balai bomba Sungai Durian yang ditutup semalam kini dibuka semula kepada semua jenis kenderaan setakat tengah hari ini.
Banjir Kelantan: Beberapa jalan di Tanah Merah ditutup, ditenggelami air
Beberapa jalan di daerah Tanah Merah ditutup untuk semua kenderaan berikutan banjir yang menenggelami jalan selepas hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
Tanah runtuh: Laluan ke Betong ditutup satu lorong
Tanah runtuh mengakibatkan laluan FT077 Seksyen 4.80, Jalan Pengkalan Hulu - Betong di daerah Hulu Perak dibuka kepada satu lorong pada Khamis.
Banjir: 32 jalan ditutup di Terengganu
Kesemua jalan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan setelah dilimpahi air melebihi kedalaman 0.76 meter.
Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
Banjir di Universiti Malaya reda, laluan dibuka semula
Universiti Malaya (UM) memaklumkan kejadian banjir di sekitar kawasan kampusnya di sini telah reda dan laluan yang ditutup pagi tadi telah dibuka semula.