Bekas atlet Paralimpik negara yang pernah menyumbang pingat akan diberi imbuhan bulanan mulai Oktober ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata setelah skim tersebut dikemas kini, semua atlet, sama ada bertanding dalam temasya sukan Olimpik dan Paralimpik akan mendapat imbuhan bulanan atau pencen yang sama.

"Ini yang diputuskan supaya semua atlet mendapat imbuhan sama rata," kata Khairy.

Dengan kemaskini tersebut, mana-mana atlet Paralimpik yang meraih pingat gangsa akan diberi RM2,000 sebulan, pingat perak pula akan diberi RM3,000 sebulan manakala bagi yang memenangi pingat emas pula akan mendapat RM5,000 sebulan.

Khairy ditemui selepas menghadiri upacara meraikan atlet negara yang menyumbang pingat dalam temasya Olimpik baru-baru ini.

Upacara tersebut diadakan di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya petang tadi.