awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas juara Olimpik maut nahas jet ski

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2018
15:02 MYT
Bekas juara Olimpik maut nahas jet ski
Vibeke Skofterud terbunuh selepas jet ski yang ditungganginya melanggar sebuah pulau di gugusan kepulauan Dekta Arendal pada Sabtu. -Facebook/vibeke skofterud
ATLET luncur salji Norway yang juga pemenang pingat emas Olimpik Vancouver 2010 maut dalam nahas jet ski di selatan negara itu.
Vibeke Skofterud, 38, terbunuh selepas jet ski yang ditungganginya melanggar sebuah pulau di gugusan kepulauan Dekta Arendal pada Sabtu malam ketika keadaan gelap gelita.
Mayatnya ditemui berdekatan Pulau St Helena, pada Ahad.
Persekutuan Luncur Salji Norway menyifatkan kematian Skofterud sebagai satu tragedi.
“Vibeke yang kami sayangi telah tiada,” kata pengarah pasukan kebangsaan Norway Vidar Lofshus.
Skofterud dan pasukannya menang emas bagi acara berganti ganti 4X5 kilometer pada temasya Olimpik Musim Sejuk Vancouver 2010.
Mendiang juga pernah memenangi beberapa pingat emas dan perak di peringkat Kejuaraan Antarabangsa dan 15 kali menaiki podium dalam kejohanan Piala Dunia.
Bekas juara dunia dua kali itu bersara daripada pertandingan peringkat tertinggi pada 2015.
Topic Berkaitan
#luncur
#maut
#Nahas
#Norway
#Olimpik
#Piala Dunia
#salji
#ski
#Vancouver
#Vibeke Skofterud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan