TOKYO: Ahli gusti sumo kelahiran Amerika Syarikat (AS), Akebono yang menjadi juara Yokozuna bukan Jepun pertama meninggal dunia akibat kegagalan jantung, bulan ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan AS di Jepun hari ini, mendiang Akebonono meninggal dunia pada usia 54 tahun.

Dilahirkan sebagai Chad George Ha'aheo Rowan di Hawaii, Akebono menyertai gelanggang dunia sumo pada 1988 dan dinaikkan ke pangkat Yokozuna tertinggi pada Januari 1993.

Dia kemudiannya menjadi warganegara Jepun.

Sebagai Yokozuna ke-64, Akebono memenangi 11 kejuaraan selain meraih status selebriti sebagai bakat di rancangan TV Jepun.

Mendiang juga menjadi pejuang gusti K-1 profesional selepas bersara daripada sumo pada  2001.

Akebono meninggalkan seorang isteri, anak perempuan dan dua anak lelaki. - Reuters