awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
[KOLUMNIS] Runtuhnya institusi keluarga: Ancaman "hipermodeniti" terhadap ekologi sosial Malaysia
Megat D Shahriman tawar diri rebut jawatan Presiden FAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas jurulatih Harimau Malaya, B Sathianathan meninggal dunia

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
18/07/2023
06:29 MYT
Bekas jurulatih Harimau Malaya, B Sathianathan meninggal dunia
Difahamkan, mendiang meninggal dunia selepas setahun bertarung dengan kanser.- Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, B Sathianathan dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.
Berita sedih itu dikongsikan Pegawai Media FIFA yang juga merupakan mantan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia, Christopher Raj.
“Berehatlah dengan aman, Anna. Anda telah berjuang dengan baik,” ciap Chris di laman Twitter beliau sebentar tadi.
Mendiang dilaporkan meninggal dunia pada usia 65 tahun dan difahamkan, mendiang meninggal dunia selepas setahun melawan kanser.
Mendiang menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya dari 2007 hingga 2009.
Sebelum itu, mendiang turut membimbing skuad B-23 negara dari 2006-2008 dengan kejayaan menjuarai Pesta Bola Merdeka pada 2007 dan menjadi naib juara pada 2008.
Selain itu, mendiang juga pernah membawa Kelantan menjulang Piala Malaysia pada 2010 selain membimbing ATM dan Felda United menjuarai Liga Perdana, masing-masing pada 2012 dan 2018.
Beliau juga pernah dinobatkan sebagai jurulatih terbaik dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017 (ABK2017).
Sebelum ini, Sathianathan pernah dilaporkan tidak sihat dan mengalami masalah di bahagian jantung.
Susulan itu, beliau tidak lagi mengendalikan mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia.
Sebaliknya, beliau banyak muncul dalam siaran langsung perlawanan Liga Super di Astro dan fizikalnya dilihat sudah semakin kurus.
Oktober tahun lepas, menerusi laporan media, Sathianathan menyatakan beliau telah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk kembali menjadi jurulatih.
Menurutnya, doktor yang merawatnya memaklumkan kepadanya bahawa dia telah pulih, berdasarkan laporan kesihatan terbaharu dijalankan terhadapnya.
Topic Berkaitan
#B Sathianathan
#meninggal dunia
#jurulatih kebangsaan
#kanser
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan