awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKR kenal pasti lebih 20 jalan Persekutuan di Kelantan perlu diselenggara
Serigala terlepas dari kandang di zoo Tokyo, pengunjung diminta berlindung
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas jurulatih hoki wanita negara William Fidelis meninggal dunia

Bernama
Bernama
07/06/2021
20:30 MYT
Bekas jurulatih hoki wanita negara William Fidelis meninggal dunia
Fidelis, yang pernah membimbing skuad hoki lelaki Negeri Sembilan pada Sukma 2000 merupakan individu yang sangat aktif dalam bidang kejurulatihan. - Facebook Malaysian Hockey Greats
KUALA LUMPUR: Sukan hoki tanah air menerima berita duka dengan pemergian bekas jurulatih skuad wanita kebangsaan, William Fidelis yang meninggal dunia semalam.
Fidelis, yang merupakan bekas pemain hoki Negeri Sembilan pada era 60-an dan 70-an menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal dan seluruh ahli lembaga eksekutif badan induk sukan hoki negara itu mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang atas pemergian legenda hoki itu, menerusi laman Facebook KHM.
"Jasa mendiang William Fidelis dan keluarga beliau akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh KHM," menurut hantaran di laman Facebook KHM semalam.
Fidelis, yang pernah membimbing skuad hoki lelaki Negeri Sembilan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2000 merupakan individu yang sangat aktif dalam bidang kejurulatihan apabila mula menceburinya sejak 1963 sebelum bersara pada 2005.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hoki
#sukan
#jurulatih
#William Fidelis
#Subahan Kamal
#meninggal dunia
#hoki wanita
#takziah
#Konfederasi Hoki Malaysia
#KHM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan