KUALA LUMPUR: Biarpun diuji hebat dengan kanser usus yang sudah memasuki tahap empat, namun bekas pemain bola baling kebangsaan Kamiley Ngah tidak mudah menyerah kalah melawan penyakit dihidapinya sejak Okt 2019.
Malah, pemain dalam skuad kebangsaan yang meraih pingat gangsa di Sukan SEA 2003 (Hanoi, Vietnam) dan 2007 (Korat, Thailand) tetap bergiat aktif dalam sukan dicintainya termasuk menjadi jurulatih pasukan bola baling Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk Sukan Malaysia (Sukma) 2022 di Johor.
"Saya mula mendapat simptom buasir pada Jun 2019 sehinggalah doktor mengesahkan saya menghidap kanser pada Okt 2019 setelah dilanda kesakitan yang berlarutan.
"Saya telah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 17 kali setakat ini dan doktor juga memaklumkan bahawa virus telah merebak sehingga ke paru-paru dan tulang pada tahap ketiga," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Kamiley yang berkecimpung dalam sukan bola baling sejak 1994 itu berkata, dia terpaksa mengambil keputusan sukar dalam hidupnya apabila menjalani pembedahan bagi membuang pundi kencingnya baru-baru ini.
"Selepas menjalani pembedahan itu, saya kini terpaksa memakai beg stoma untuk membuang air kencing sehinggalah akhir hayat saya nanti," katanya yang telah mengeluarkan wang simpanan berjumlah RM30,000 bagi menjalani rawatan kimoterapi sebelum ini.
Pada masa sama, bapa kepada tiga anak yang bertugas sebagai eksekutif di sebuah bank di ibu negara itu bersyukur dengan dana diberikan oleh Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan majikannya, yang sedikit sebanyak meringankan beban serta menampung kos rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
TONTON: Bola Baling | Kamiley Ngah disahkan kanser tahap empat
Terdahulu, Kamiley menerima kunjungan daripada Pengerusi YAKEB Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan Presiden Persekutuan Bola Baling Malaysia Pandak Ahmad yang menyampaikan bantuan berupa wang dan bekalan perubatan di kediamannya, di sini.
Noorul Ariffin berkata YAKEB akan terus membantu Kamiley dalam membiayai kos perubatan yang dilaporkan tinggi manakala Pandak pula berkata pihaknya akan menggerakkan usaha melalui kutipan derma di seluruh negara untuk disalurkan kepada bekas pemain kebangsaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 12 2021
Kamiley yang berkecimpung dalam sukan bola baling sejak 1994 itu berkata beliau terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang pundi kencingnya baru-baru ini. - Foto Stadium Astro
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lelaki bawa kereta di jambatan motosikal ditahan bersama dadah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata pihaknya menerima maklumat kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu sekitar jam 8.45 pagi.
Tiga lelaki disyaki terbabit kes pemerasan, larikan perunding hutang ditahan
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pemerasan dan melarikan seorang perunding hutang pada Selasa lepas.
Tumpuan Jumaat - 19 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Farhash Wafa tidak lagi jadi pemegang saham utama Heitech Padu
Rosetta Partners menjadi pemegang saham besar dalam HeiTech Padu selepas ia membeli 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 12 Mac, 2024.
Lebih 3,800 individu ditahan di Perancis dalam operasi banteras pengedaran dadah
Pihak berkuasa Perancis sebelum ini melancarkan sembilan operasi bagi membanteras pengedaran dadah di seluruh negara itu.
SUKMA: Acara futsal wanita, 10 meter platform wanita digugurkan
Abdul Karim berkata kedua-dua acara tersebut terpaksa digugurkan kerana kurang jumlah penyertaan.
Mohd Poad cabar pelari pecut muda tonjol potensi di Sukma 2024
Jurulatih pecut negara Mohd Poad Md Kassim melontarkan cabaran kepada atlet-atlet baharu supaya menonjolkan potensi dengan melakukan kejutan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak.
SUKMA 2024: ADAMAS harap sifar doping, tumpuan kepada badang negeri
Azura berkata pihaknya menggesa agar kesemua negeri bertanding hadir secara telus dan bersih dalam temasya dwitahunan itu.
Perak tetap sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Katanya, sekiranya Perak FC tidak bersedia untuk menyediakan pasukan, Majlis Sukan Negeri Perak akan membuat persiapan sendiri.
Perak hampir pasti tidak sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Bobie berkata, pihaknya tidak berupaya membuat persiapan pasukan kerana kurang tajaan dan sokongan kewangan daripada MSN Perak.
SUKMA 2024: 15,000 penyertaan atlet dan pegawai
SUKMA ke-21 mendapat sambutan hangat dengan penyertaan kira-kira 15,000 atlet dan pegawai dari semua negeri dan juga kontinjen jemputan Brunei.
SUKMA 2024: Melaka sasar 20 pingat emas
Kontinjen Melaka menyasarkan 20 pingat emas pada temasya SUKMA ke-21, yang dijadualkan berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini.
SUKMA: Selangor hantar 1,138 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen Selangor menyasarkan untuk menurunkan 1,138 atlet bagi membawa cabaran dalam semua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak.
Kerajaan akan pastikan SOP sukan berisiko tinggi sentiasa dipatuhi - Adam Adli
KBS juga akan memastikan kerjasama lebih rapat dengan Majlis Sukan Negeri selepas ini agar setiap SOP berkaitan penganjuran sukan berisiko tinggi dipertingkatkan.
Sabah 'jauhkan diri' daripada Ragbi Malaysia - Kontroversi kewangan, pemilihan
Presiden SRU, Velayuthan Tan berkata langkah tersebut diambil untuk memastikan MR mempunyai tadbir urus yang baik dan berintegriti.