awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain bola sepak Olimpik Krishnasamy meninggal dunia

Bernama
Bernama
03/08/2020
08:13 MYT
Bekas pemain bola sepak Olimpik Krishnasamy meninggal dunia
Kematian Krishnasamy, atlet pasukan Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, disifatkan sebagai kehilangan besar bagi sukan bola sepak tanah air. - fotoBERNAMA
Bekas atlet Olimpik dan pemain bola sepak negara V. Krishnasamy meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang di sini semalam selepas sekian lama menghidap diabetes.
Krishnasamy, 72 tahun, dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat.
Kematian Krishnasamy, atlet pasukan Malaysia ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, disifatkan sebagai kehilangan besar bagi sukan bola sepak tanah air.
Bekas rakan dalam pasukan Penjara Malaysia, Khalil Hashim, 73 tahun, berkata Krishnasamy merupakan seorang pemain yang hebat.
"Samy macam mesin bila berada di atas padang dan beliau tidak pernah kelihatan penat serta mempunyai keserasian dengan kesemua rakan sepasukan. Saya bertemu dengan beliau minggu lepas di rumah jagaan warga emas di Bukit Gelugor dan beliau kelihatan macam biasa.
"Saya mengenali Samy sejak lebih 50 tahun tahun dan terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada seorang rakan yang memberitahu Samy telah tiada," katanya ketika ditemui pemberita di rumah pengebumian di Paya Terubong, di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#diabetes
#Hospital Pulau Pinang
#khalil hashim
#Munich
#paya terubong
#Sukan Olimpik 1972
#V Krishnasamy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan