awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain kebangsaan P Darmalinggam meninggal dunia pada usia 64 tahun

Bernama
Bernama
12/09/2025
13:15 MYT
Bekas pemain kebangsaan P Darmalinggam meninggal dunia pada usia 64 tahun
Sivasundaram berkata pemergian mendiang satu kehilangan besar buat dunia bola sepak tanah air. - Gambar Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan era 1980-an P Darmalinggam meninggal dunia pada usia 64 tahun hari ini.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S. Sivasundaram yang mengesahkan perkhabaran sedih itu berkata mendiang menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk mendapatkan rawatan selepas terjatuh di dalam bilik air rumahnya awal pagi tadi.
"Mendiang seorang yang komited dan berdisplin, baik atas padang mahupun di luar padang," katanya ketika dihubungi hari ini
Dilahirkan pada 1961, Darmalinggam antara tonggak utama skuad kebangsaan pada era 1980-an sewaktu Malaysia masih gah di pentas Asia Tenggara dengan reputasi skuad Harimau Malaya yang digeruni.
Sepanjang pembabitan bersama skuad negara, mendiang sering diberikan kepercayaan oleh barisan kejurulatihan untuk menggalas tanggungjawab penting di atas padang.
Sivasundaram yang juga Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL) berkata pemergian mendiang satu kehilangan besar buat dunia bola sepak tanah air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#harimau Malaya
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan