awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu China: PLUS aktifkan 32 lokasi Smart Lane
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain tengah Maghribi, Marseille Barrada meninggal dunia pada usia 35 tahun

Bernama
Bernama
25/10/2024
11:45 MYT
Bekas pemain tengah Maghribi, Marseille Barrada meninggal dunia pada usia 35 tahun
Bekas pemain tengah Maghribi, Abdelaziz Barrada, meninggal dunia pada usia 35 tahun, menurut bekas kelabnya Paris Saint-Germain (PSG) pada Khamis malam. - Foto Instagram/@africanfolder
PARIS: Bekas pemain tengah Maghribi, Abdelaziz Barrada, meninggal dunia pada usia 35 tahun, menurut bekas kelabnya Paris Saint-Germain (PSG) pada Khamis malam.
"Paris Saint-Germain amat berdukacita atas pemergian Abdelaziz Barrada, pemain antarabangsa Maghribi dan produk akademi kelab, pada malam Khamis. Kelab ini mengucapkan takziah kepada keluarganya dan orang tersayang pada masa sukar ini," kata PSG menerusi hantaran di X.
Menurut laporan media Perancis, Barrada meninggal dunia akibat serangan jantung, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pada Ahad, satu minit diperuntukkan untuk bertafakur sebelum perlawanan antara Olympique Marseille dan PSG. Barrada pernah bermain untuk Marseille dari 2014 hingga 2016.
Beliau beraksi dalam 28 perlawanan bersama pasukan kebangsaan Maghribi, termasuk penampilan di Piala Negara-Negara Afrika 2013 dan Sukan Olimpik London 2012. Barrada telah menamatkan karier profesionalnya pada 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdelaziz Barrada
#meninggal dunia
#Maghribi
#Marseille
#Paris Saint-Germain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan