Pengarah Eksekutif Northern Corridor Promotions Sdn Bhd, Jasnie Shafie menang tanpa bertanding jawatan Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada mesyuarat agung dwitahunan SAM bagi penggal 2018-2020 yang berlangsung di sebuah hotel, di sini pada Sabtu.
Beliau yang pernah berkhidmat sebagai pengulas sukan sambilan Radio Televisyen Malaysia (RTM), menggantikan Naib Presiden Kanan Berita dan Majalah Astro Arena, Ahmad Khawari Mohd Isa yang memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan presiden yang disandangnya sejak lima penggal lepas.
Pengarang Sukan Kosmo, Asan Ahmad pula mengekalkan jawatan Timbalan Presiden SAM selepas menerima 48 undi berbanding pencabarnya, penolong editor sukan New Straits Times, Ajitpal Singh yang meraih 24 undi daripada 72 anggota SAM yang mengundi.
Penerbit rancangan RTM, Norismadi Abdul Manap dan Pengurus Foto Kumpulan Media Karangkraf, Izahar Atan juga kekal sebagai Naib Presiden SAM setelah menang tanpa bertanding.
Ketua Meja Sukan Bernama, Farhanah Azmi pula dipilih sebagai Bendahari selepas meraih 42 undi berbanding pencabarnya, Aida Adillah Mat daripada Harian Metro yang memperoleh 30 undi.
Dalam pada itu, wartawan sukan Bernama, Zuriati Zulmi merupakan antara lima individu yang dilantik sebagai anggota exco SAM setelah menerima undian tertinggi daripada 72 anggota SAM yang mengundi.
Empat pengamal media lain yang dipilih sebagai anggota exco SAM adalah Mohd Hafizal Hamad (Astro Arena), Mohd Hazreen Nor Mubarak (TV3), Ku Mohd Lufti Ku Yahya (Sports 247) dan Ahmad Fazli Mohd Yadi daripada akhbar Kosmo.
Barisan Exco SAM 2018-2020:
-----------------------------------------
Presiden: Jasnie Shafie (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden: Asan Ahmad
Naib Presiden: Norismadi Abdul Manap dan Izahar Atan (menang tanpa bertanding)
Setiausaha: Ahmed Faisal Jamal (menang tanpa bertanding)
Bendahari: Farhanah Azmi
Anggota Exco: Zuriati Zulmi, Mohd Hafizal Hamad, Mohd Hazreen Nor Mubarak, Ku Mohd Lufti Ku Yahya dan Ahmad Fazli Mohd Yadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 09 2018
Jasni Shafie (tiga, kanan) bergambar bersama barisan Exco SAM pada majlis Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan 2018 - 2020 di Hotel Shah's Village, malam tadi. fotoBERNAMA
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
SAM gesa kaji semula SOP liputan media semasa perlawanan MFL
MFL disaran mengkaji semula beberapa peraturan ditetapkan terhadap pihak media yang membuat liputan saingan Liga Super dan Liga Premier musim 2021.
Bekas pengulas sukan RTM menang tanpa bertanding Presiden SAM
Beliau yang pernah berkhidmat sebagai pengulas sukan sambilan Radio Televisyen Malaysia (RTM), menggantikan Naib Presiden Kanan Berita dan Majalah Astro Arena, Ahmad Khawari Mohd Isa.