awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penjaga gol Man Utd sedang seronok kumpul piala, bersedia dipanggil pulang ke Old Trafford

Astro Arena
Astro Arena
12/04/2025
00:45 MYT
Bekas penjaga gol Man Utd sedang seronok kumpul piala, bersedia dipanggil pulang ke Old Trafford
Matej Kovar, yang baru berusia 24 tahun itu, telah mengumpul 30 penampilan bersama skuad bimbingan Xabi Alonso. - Stadium Astro
BEKAS penjaga gol bawah 23 tahun (B23) Manchester United, Matej Kovar, sedang menikmati karier terbaiknya bersama gergasi Bundesliga, Bayer Leverkusen, ketika ini.
Meskipun bukan sandaran utama, namun bintang Czechia itu sudah menggondol dua piala setakat ini - DFB-Pokal, DFL Supercup dan kejuaraan liga menamatkan dominasi Bayern Munich, musim lalu.
Dia yang baru berusia 24 tahun itu telah mengumpul 30 penampilan bersama skuad bimbingan Xabi Alonso dan turut mempamerkan persembahan terpuji ketika diturunkan.
Matej Kovar meninggalkan The Red Devils menerusi perpindahan tetap ke kelab Jerman itu dengan mengakhiri tempohnya selama lima tahun di Old Trafford.
Sewaktu bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, Matej Kovar merekodkan 53 kaps bersama skuad muda United, namun tidak pernah diberi peluang selaku penjaga gol utama.
Dia hanya sempat menjadi penjaga gol senior ketika Manchester United menjalani perlawanan pramusim.
Tahun lalu, Matej Kovar sempat meninggalkan pesanan sejurus kontraknya berakhir bersama United.
"Ia bukanlah satu keputusan yang mudah.
"Sudah tentu ada pasang surut, ia adalah sebahagian daripada proses kehidupan.
"Mungkin saya akan kembali ke Old Trafford satu hari nanti.
"Anda tidak perlu berfikir panjang jika Manchester United menghubungi anda semula," katanya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Matej Kovar
#Manchester United
#penjaga gol
#Bayer Leverkusen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan