awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas timbalan presiden KOM fail saman

Bernama
Bernama
10/05/2013
01:14 MYT
Bekas timbalan presiden KOM fail saman
Bekas Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim, yang digantung enam tahun berhubung isu enam atlet melarikan diri daripada ujian anti-doping, menfailkan saman terhadap badan induk itu bagi mencabar perintah penggantungannya.
Karim menfailkan saman pemula itu di Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur pada 1 April lepas melalui peguamnya Bernard Francis dan menamakan KOM sebagai defendan.
Dalam samannya itu, Karim antara lain memohon mahkamah membuat penentuan sama ada KOM mempunyai bidang kuasa untuk membuat perintah penggantungan itu walaupun beliau bukan anggota KOM mengikut Perlembagaan Terpinda dan Undang-Undang Kecil KOM bertarikh 25 Julai 2011.
Karim memohon mahkamah membuat penentuan sama ada Perlembagaan itu memperuntukkan kepada KOM membuat perintah itu yang menggantungnya selama enam tahun dari aktiviti olahraga tanpa sebarang rayuan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Karim, yang juga naib presiden Persatuan Olahraga Melaka, berkata sekiranya mahkamah mendapati persoalan tersebut berpihak kepadanya beliau antara lain memohon deklarasi bahawa beliau bukan anggota KOM.
Justeru, beliau meminta mahkamah mengetepikan keputusan badan itu menggantungnya enam tahun selepas didapati bersalah dalam kes enam atlet itu pada 11 Okt tahun lepas.
Beliau memohon gantirugi am dan kos.
Presiden KOM Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam affidavit jawapannya mendakwa Karim adalah secara automatik anggota kepada KOM dan tertakluk kepada bidang kuasa dan kawalan badan induk itu.
Berikutan itu, katanya KOM mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap anggota-anggotanya.
Kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Datuk Nor Bee Ariffin Khamis.
Peguam Adlan Hadi Mohamad Yusof yang mewakili KOM memberitahu media bahawa Nor Bee telah memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas tetapi tiada tarikh ditetapkan untuk kes berkenaan.
Karim digantung KOM selepas didapati bersalah bersubahat dalam kes enam atlet melarikan diri daripada ujian anti-doping pada 2011 dan keputusan itu dicapai oleh ahli majlis KOM selepas meneliti laporan siasatan kes berkenaan yang dipengerusikan oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V.C George.
Topic Berkaitan
#Datuk Karim Ibrahim
#Kesatuan Olahraga Malaysia
#kom
#saman
#timbalan presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan