awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum ada keputusan mengenai masa depan Pogba

Astro Arena
Astro Arena
28/03/2022
04:01 MYT
Belum ada keputusan mengenai masa depan Pogba
Pogba mengalami naik-turun prestasi di Old Trafford sejak kembali menyertai pasukan itu daripada Juventus pada 2016. - Gambar fail/AP
PAUL POGBA mengakui masih belum ada keputusan mengenai masa depannya walaupun kontrak pemain tengah itu bersama Manchester United akan tamat pada penghujung musim ini.
Pemain kebangsaan Perancis itu mengalami naik-turun prestasi di Old Trafford sejak kembali menyertai pasukan itu daripada Juventus pada 2016.
Bercakap kepada Telefoot, Pogba menjelaskan mengenai keadaan terkininya di United dan betapa dia berasakan bahawa aksi bersama pasukan kebangsaan memberikannya peluang untuk berehat daripada situasi di United.
"Anda perlu bercakap benar: terdapat waktu sukar, terutama ketika saya berada di Manchester.
"Apabila saya tidak bermain atau apabila keputusannya tidak bagus, berada di sini (bersama skuad kebangsaan Perancis) memberikan anda lonjakan," katanya.
Pogba dikaitkan untuk menyertai beberapa kelab besar seperti Paris Saint-Germain (PSG), Real Madrid dan bekas kelabnya, Juventus, tetapi dia juga tidak menolak kemungkinan untuk melanjutkan kontrak di Old Trafford.
"Belum ada apa-apa keputusan mengenai masa depan saya, masih belum ada apa-apa.
"Saya boleh menentukannya esok dan saya boleh menentukannya dalam jendela perpindahan. Saya mahu kembali dan menamatkan musim ini dengan baik," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Paul Pogba
#Manchester United
#Pemain kebangsaan Perancis i
#Juventus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan