awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum sah ke Real Madrid, peminat Liverpool sudah bakar jersi Arnold

Astro Arena
Astro Arena
29/03/2025
01:10 MYT
Belum sah ke Real Madrid, peminat Liverpool sudah bakar jersi Arnold
Segelintir penyokong kecewa dengan berita mengenai kemungkinan perpindahan Trent Alexander-Arnold (gambar kecil) sehingga membakar jersi yang tertera nama beliau.- Foto Astro ARENA
BERITA perpindahan pertahanan terkemuka England, Trent Alexander-Arnold, ke gergasi LaLiga, Real Madrid, mendapat pelbagai reaksi menarik daripada kalangan peminat bola sepak yang meminati individu tersebut.
Menurut wartawan popular, Fabrizio Romano, bintang Liverpool itu bakal meninggalkan Anfield susulan penamatan kontraknya pada Jun ini sambil menegaskan bahawa johan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) berkemungkinan menjadi destinasi terbaru dirinya.
Malah, skuad kendalian Carlo Ancelotti itu sedang memuktamadkan keputusan untuk menandatangani pemain berusia 26 tahun itu bagi memperkuat kelab tersebut.
Namun, segelintir penyokong menzahirkan kekecewaan tersebut sehingga membakar jersi yang tertera nama pemain itu sebagai bentuk protes dan tidak bersetuju dengan berita itu.
Trent Alexander-Arnold dilihat sebagai pemain utama kepada jurulatih, Arne Slot, dalam musim ini selepas menampilkan persembahan terpuji.
Sejak debutnya pada 2016, Trent Alexander-Arnold menjadi bualan ramai oleh sebab prestasi yang menakjubkan serta banyak melakukan hantaran dan bantuan gol terhadap penyerang The Reds.
Status Trent Alexander-Arnold bersama kedua-dua pasukan itu belum dipastikan dan tiada pengumuman rasmi dibuat oleh mana-mana pihak setakat ini.
Selain dirinya, ketua pasukan Belanda, Virgil van Dijk dan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL), Mohamed Salah, juga belum pasti untuk kekal bersama Liverpool musim depan.
Topic Berkaitan
#Trent Alexander-Arnold
#Liverpool
#Real Madrid
#perpindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan