awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bendahari Perak FC akan jumpa MB selesaikan isu tunggakan gaji

Bernama
Bernama
15/05/2021
20:21 MYT
Bendahari Perak FC akan jumpa MB selesaikan isu tunggakan gaji
Perak FC telah menjelaskan tunggakan gaji pemain selama empat bulan bagi November, Disember, Januari dan Februari berjumlah RM3.5 juta.
BAGAN SERAI: Bendahari Perak FC Datuk Sham Mat Sahat akan mengadakan perjumpaan bersama Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad dalam tempoh terdekat berhubung isu tunggakan gaji pemain.
Beliau berkata pertemuan itu bertujuan untuk meyakinkan Saarani bahawa tunggakan gaji selama dua bulan perlu dijelaskan segera.
"Sebelum ini saya berjanji akan berjumpa dengan Menteri Besar untuk selesaikan tunggakan gaji seboleh-bolehnya sebelum hari raya Aidilfitri tetapi kalau tak sempat selepas hari raya ini," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, pada Sabtu.
Menurutnya, Perak FC telah menjelaskan tunggakan gaji pemain selama empat bulan bagi November, Disember, Januari dan Februari berjumlah RM3.5 juta dan pihaknya akan meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membantu menyelesaikan tunggakan gaji Mac dan April.
Sham mengulangi pendiriannya akan melepaskan jawatan itu selepas tunggakan gaji pemain Perak diselesaikan dan akan berjumpa dengan Exco Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dan Perak FC sebelum meletakkan jawatan untuk memastikan mereka mempunyai calon lain bagi mengisi jawatan itu.
"Saya rela melepaskan jawatan Bendahari Perak FC, tetapi saya akan terus menjadi penghubung antara kerajaan negeri dan bola sepak Perak," katanya.
Sham berkata demikian ekoran peminat bola sepak terus mengkritiknya di media sosial kerana mengeluarkan kenyataan pemain perlu mempunyai jiwa dan sayangkan pasukan dengan pemain Perak baru-baru ini.
Katanya kenyataan itu dibuat selepas perjumpaan Perak FC dengan pemain selepas pemain memboikot latihan di Stadium Perak di Ipoh baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tunggakan gaji
#Perak FC
#Sham Mat Sahat
#Saarani Mohamad
#PAFA
#boikot latihan
#jumpa MB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan