awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Benitez: Kegigihan Newcastle buahkan hasil

Astro Arena
Astro Arena
24/12/2017
05:10 MYT
Benitez: Kegigihan Newcastle buahkan hasil
Aksi Rafael Benitez sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris antara West Ham dan Newcastle United di Stadium London, 23 Dis, 2017. REUTERS
WEST HAM 2 NEWCASTLE UNITED 3
Rafael Benitez gembira melihat Newcastle United akhirnya meraih ganjaran atas usaha mereka selepas mengakhiri kemarau kemenangan dalam sembilan perlawanan dengan mengatasi West Ham, 3-2.
Dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi, Magpies bangkit dalam pertemuan di Stadium London itu menerusi sepakan percuma Henri Saivet dan Mohamed Diame meletakkan Newcastle 2-1 di hadapan selepas Marko Arnautovic membuka jaringan pada minit keenam.
Rob Elliot mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama apabila menyelamatkan penalti kontroversi Andre Ayew sebelum Christian Atsu menjadikan kedudukan 3-1.
Kemenangan berganda ke atas West Ham itu pada musim ini membantu Newcastle untuk keluar daripada zon penyingkiran dan Benitez memberitahu dalam sidang berita selepas perlawanan:
"Saya pernah katakan sebelum ini, ia tempoh yang sukar ketika anda mengharungi keputusan-keputusan yang buruk, tetapi kami lebih berhak meraih keputusan lebih baik dalam beberapa perlawanan, adalah penting untuk kami meraih kemenangan.
"Ia adalah hari yang hebat buat peminat, pemain dan semua orang, kami telah bekerja keras dan hari ini pasukan ini berjuang untuk segala-galanya."
Mengenai keputusan penalti itu yang dihadiahkan selepas Ciaran Clark mengasari Michail Antonio di luar kotak, Benitez menambah: "Itu pasti di luar kawasan penalti. Kadang-kadang apabila anda berada dalam keadaan yang tidak bagus, situasi tidak akan memihak kepada anda.
"Percubaan kami terkena palang dan kemudian lawan diberikan penalti itu, tetapi mujur ia diselamatkan. Untungnya kami berjaya dan kami mencetak gol yang mencukupi untuk menang."
Ini merupakan kekalahan pertama West Ham sejak diterajui David Moyes untuk mereka menduduki tangga ke-17, satu mata di atas zon penyingkiran susulan kebangkitan mereka kebelakangan ini.
Pengurus dari Scotland itu menerima kekalahan ini sambil merujuk ketiadaan Manuel Lanzini akibat penggantungan sebagai penyebab utama aksi longlai mereka.
Moyes memberitahu BBC Sport: "Ia adalah permainan yang penuh dengan kesilapan dan secara keseluruhannya, kami mendominasi mereka.
"Kami tidak begitu bersatu, kami sedang berusaha keras tetapi tidak dapat menemui jalan penyudah walaupun menguasai keseluruhan permainan.
"Kami tidak bermain dengan baik untuk memulakan permainan di bahagian pertahanan dan kami gagal memanfaatkan penalti. Dua kali ia berlaku sejak saya berada di sini.
"Kemudian, kami melepaskan gol ketiga. Jelas sekali kami merindui Manuel Lanzini.
"Apapun, keputusannya pada masa ini, kami perlu mengalihkan perhatian kepada perlawanan seterusnya."
Topic Berkaitan
#Andre Ayew
#Christian Atsu
#David Moyes
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Newcastle United
#rafael benitez
#West Ham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan