awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beraksi dalam cuaca panas, Steinbruckner gembira TFC ke separuh akhir Piala FA

Bernama
Bernama
28/05/2023
02:22 MYT
Beraksi dalam cuaca panas, Steinbruckner gembira TFC ke separuh akhir Piala FA
Steinbruckner berkata tugas itu bukan mudah kerana pasukannya dipaksa beraksi buat kali pertama pada sebelah petang dalam keadaan cuaca panas melampau. - Gambar fail
KUALA NERUS: Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner melahirkan rasa gembira dan berpuas hati selepas skuadnya berjaya melangkah ke separuh akhir Piala FA untuk tiga musim berturut-turut.
Pengendali kelahiran Croatia itu berkata pujian perlu diberikan kepada anak buahnya yang bermain bermati-matian untuk menghadiahkan kemenangan kepada lebih 5,000 penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan penuh dramatik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).
Beliau berkata walaupun kemenangan TFC menentang Kelantan FC sudah diramal banyak pihak, tugas itu bukan mudah kerana pasukannya dipaksa beraksi buat kali pertama pada sebelah petang dalam keadaan cuaca panas melampau.
"Sudah tentu saya gembira dan berpuas hati kerana kami menang dan akan mara ke pusingan seterusnya. Tahniah kepada pemain kerana kita berjaya capai sasaran.
"Kami bermain pada waktu petang buat kali pertama .... Ia bukan mudah namun kita pasukan yang bagus dan kita layak (menang)," katanya selepas perlawanan menentang The Red Warriors di SSMZA semalam.
TFC yang juga finalis Piala FA tahun lepas mara ke peringkat separuh akhir Piala FA selepas menundukkan Kelantan FC 4-2 hasil jaringan Azam Azmi Murad, Sony Norde, Ivan Mamut dan Syafiq Ismail.
Keputusan itu membolehkan TFC hanya selangkah untuk mengulangi pencapaian tahun lepas layak ke perlawanan akhir dengan pemenang antara Sabah dan KL City FC menanti Sang Penyu pada separuh akhir.
Sementara itu, pengendali Kelantan FC Frank Berhardt menyifatkan kesilapan pemain menyebabkan pasukannya terpaksa pulang dengan tangan kosong.
Bagaimanapun, beliau mahu anak buahnya melupakan kekecewaan itu dan fokus kepada saingan Liga Super menentang pasukan PDRM FC akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TFC
#Piala FA
#Tomislav Steinbruckner
#prestasi TFC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan