KUALA LUMPUR: Semua penyokong serta peminat bola sepak tanah air yang lengkap divaksinasi dibenarkan memasuki stadium bermula dengan perlawanan minggu ketiga TM Piala Malaysia, pada 29 Oktober ini.
Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, kebenaran itu adalah susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu yang membenarkan kehadiran penonton atau penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4.
Tambah beliau lagi, selain lengkap vaksinasi, penyokong yang ingin hadir ke stadium juga perlu memakai pelitup muka dan tidak dibenarkan makan dan minum.
“Selepas penyokong tidak dibenarkan masuk sejak 9 Mei 2021 akibat lonjakan kes COVID-19 di negara ini, inilah perkhabaran gembira yang ditunggu-tunggu oleh kita semua khususnya penyokong-penyokong yang amat merindukan aksi bola sepak di stadium.
“Apatah lagi dalam suasana ketika kita semua meraikan ulang tahun ke-100 TM Piala Malaysia yang kini sedang berlangsung,” katanya lagi.
Ab Ghani berkata, kebenaran itu bagaimanapun tidak terpakai kepada kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun selaras dengan keputusan kerajaan.
Dalam pada itu, beliau berkata, MFL amat berterima kasih kepada pihak kerajaan khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung keputusan itu
Tambahnya lagi, keputusan tersebut dilihat bukan sahaja memberikan perkhabaran gembira buat penyokong bola sepak tempatan, malah bakal menyemarakkan kembali industri bola sepak negara.
“MFL membuat keputusan untuk membenarkan penyokong hadir ke stadium bermula perlawanan minggu ketiga TM Piala Malaysia iaitu pada 29 Oktober 2021, ini kerana saingan itu akan berehat seketika selepas perlawanan minggu kedua esok (1 Oktober 2021) bagi memberi laluan kepada aksi antarabangsa skuad kebangsaan.
“Pihak MFL juga masih menunggu peratusan kemasukan penyokong ke stadium di negeri-negeri mengikut fasa 2, 3 dan 4 yang akan dimaklumkan oleh KBS bersama dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) sukan yang ditetapkan,” katanya lagi.
Ab Ghani berkata, MFL juga akan membuat keputusan sama ada akan membenarkan penyokong masuk ke stadium, jika ada pasukan merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan ketika tempoh TM Piala Malaysia berehat apabila mereka mendapat SOP terperinci daripada KBS kelak.
Firdaus Azil
Thu Sep 30 2021
Ab Ghani berkata, kebenaran memasuki stadium bagaimanapun, tidak terpakai kepada kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun, selaras dengan keputusan kerajaan. - Gambar fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita baik untuk penyokong bola sepak tanah air, boleh hadir ke stadium bermula 29 Oktober ini
Kebenaran memasuki stadium bagaimanapun, tidak terpakai kepada kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun selaras dengan keputusan kerajaan.
Piala Malaysia 2020 ditunda susulan peningkatan COVID-19
Piala Malaysia 2020 ditunda berikutan peningkatan COVID-19 di Malaysia.
Isu penajaan: MFL saman Telekom Malaysia
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil tindakan undang-undang terhadap Telekom Malaysia (TM).
MFL tamatkan kontrak penajaan bersama TM
Tunku Ismail meminta semua pihak khususnya pemegang taruh MFL yang terdiri daripada 24 pasukan Liga Malaysia tidak bimbang.
Status Sumareh diketahui Rabu depan
Rayuan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) itu yang diterima pada 19 Dis tahun lepas perlu mengikut prosedur menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL.
FAM sedia bekerjasama dengan MFL tingkatkan mutu pengadilan Liga-M
Badan induk itu bersedia berbincang dan memperhalusi perkara itu secara terperinci dengan MFL, terutama dari segi teknikal dan pelaksanaannya bagi memastikan kualiti pengadil dapat diselesaikan.