awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
NVIDIA dilapor uji kemampuan faundri Intel 18A untuk cip AI
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bibi Ramjani letak jawatan Presiden KAFA

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2019
06:56 MYT
Bibi Ramjani letak jawatan Presiden KAFA
Bibi Ramjani mula menerajui KAFA sejak 18 September 2017, namun gagal membawa perubahan terhadap pasukan The Red Warriors itu. - Gambar fail
Bibi Ramjani Ilias Khan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini.
Beliau mengumumkan perkara tersebut menerusi Facebook rasminya, sekali gus membuka peluang untuk ahli gabungan persatuan tersebut memilih presiden baharu.
"Saya Hjh Bibi Ramjani Ilias Khan selaku Presiden KAFA dengan ini melepaskan jawatan saya. Semoga KAFA maju jaya di bawah pengurusan baharu.
"Terima kasih kepada semua penyokong yang tidak pernah putus untuk menyokong Kelantan FA. Mohon maaf dari saya kepada semua sepanjang saya memimpin KAFA," katanya.
Bibi Ramjani mula menerajui KAFA sejak 18 September 2017, namun gagal membawa perubahan terhadap pasukan The Red Warriors itu.
Lebih memburukkan keadaan, Kelantan terpaksa akur tersingkir ke Liga Perdana musim ini selepas prestasi hambar mereka musim lalu.
The Red Warriors yang dibebani isu tunggakan gaji pemain dan hutang mungkin akan tersingkir dari Liga Perdana jika kekal dengan prestasi hambar mereka ketika ini.
Topic Berkaitan
#Bibi Ramjani Ilias Khan
#bola sepak
#KAFA
#letak jawatan
#Liga Perdana
#Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan