awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bidoglio akui JDT berdepan kesukaran berdepan MUFT

Sinar Harian
Sinar Harian
30/06/2024
02:00 MYT
Bidoglio akui JDT berdepan kesukaran berdepan MUFT
Pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor cuba melepasi kawalan pemain MUFT, Wan Muhammad Aqil Hakimi Wan Ahmad Hazmi pada perlawanan berkenaan. - Foto FB Johor Southern Tigers
PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mengakui skuad kendaliannya itu berdepan kesukaran kelab Liga A1 Semi-Pro, Malaysia University Football Team (MUFT), terutamanya di sepanjang babak pertama aksi suku akhir pertama Piala FA, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu.
Bagaimanapun, Bidoglio lega apabila kesebelasan skuad Harimau Selatan itu mula menemui rentak dan sekali gus membuka ruang bagi menambah jaringan pada babak kedua.
“Saya perlu akui, ia bukan sesuatu yang mudah untuk menentang pasukan ini (MUFT) dan memang agak sukar untuk kita menyaingi mereka yang beraksi secara kompak.
“Namun, pada separuh masa kedua, pemain-pemain kita mula berjaya membuka ruang dan seterusnya menjaringkan gol.
“Secara keseluruhannya, kita akan melakukan persiapan secukupnya menjelang aksi suku akhir kedua, berdepan pasukan yang sama, Jumaat ini,” katanya pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan.
Untuk rekod, skuad Harimau Selatan itu menang 5-0 hasil jaringan La’vere Corbin-Ong pada minit ke-2, Francisco Geraldes (min-48, 61), Shahrul Saad (min-70) dan Romel Morales (min-80).
MUFT mengejutkan tuan rumah apabila pemain gantian, Mohd Alief Najmi Mohd Radzi menjaringkan gol saguhati pada minit ke-84.
Bagaimanapun, jaringan itu dibatalkan pengadil, Muhammad Khairulsyahmi Ahmad Khalidi kerana ofsaid.
Sementara itu, Bidoglio mahu skuad kendaliannya itu lebih agresif dalam usaha memburu kejayaan pada aksi suku akhir kedua Piala FA, berdepan pasukan sama, di venue sama, Jumaat ini.
Namun dalam masa sama, Bidoglio turut menjangkakan saingan sengit daripada kesebelasan skuad The University Tigers, itu.
“Setelah berdepan kesukaran pada aksi suku akhir pertama kali ini, kesemua pemain diharap dapat tampil lebih agresif.
“Seperti yang kita tahu, JDT adalah sebuah pasukan yang beraksi secara menyerang dan saya percaya dengan kualiti pemain yang kita miliki perkara itu akan berjaya direalisasikan,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JDT
#Hector Bidoglio
#Malaysia University Football Team
#MUFT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan