awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tender perolehan Tentera Darat: SPRM kesan wang tunai RM2.4 juta cuba dilarikan
Abai Zayn Rayyan: Ismanira fail petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen
Kebakaran musnah 20 bot laju di Jeti Chalong, Phuket
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilic dedah rahsia West Ham bangkit dengan 3 gol dalam 12 minit

Astro Arena
Astro Arena
06/03/2016
10:27 MYT
Bilic dedah rahsia West Ham bangkit dengan 3 gol dalam 12 minit
West Ham bangkit menerusi jaringan Michail Antonio (m78), Diafra Sakho (m81) sebelum Dimitri Payet (m90) menghadiahkan gol kemenangan. - Foto Astro Arena
PENGURUS West Ham, Slaven Bilic memuji kebangkitan menakjubkan skuadnya apabila mencipta kemenangan 3-2 ke atas Everton selepas ketinggalan 2-0, di Goodison Park.
Beliau menjelaskan setiap perlawanan dihadapi skuadnya sehingga tamat musim dianggap seperti perlawanan akhir, untuk memburu peluang beraksi di Liga Juara-Juara Eropah.
Tuan rumah mendahului permainan dengan jaringan Romelu Lukaku (m13) dan Aaron Lennon (m56) selepas Kevin Mirallas dihalau keluar apabila mengutip dua kad kuning.
Bagaimanapun, West Ham bangkit menerusi jaringan Michail Antonio (m78), Diafra Sakho (m81) sebelum Dimitri Payet (m90) menghadiahkan gol kemenangan. Apa yang lebih menarik, kesemua gol itu dihasilkan dalam tempoh 12 minit.
Kemenangan itu sekaligus melonjakkan kedudakan West Ham untuk merapatkan jurang 1 mata dengan pasukan di tangga ke-4, Arsenal."Ia satu kemenangan yang cemerlang untuk kita. Kami adalah satu pasukan yang memiliki kualti hebat. Kami mempunyai karakter yang hebat dan ia bukanlah kali pertama kami bangkit daripada ketinggalan," katanya.
West Ham akan berdepan tugas sukar iaitu Manchester United dalam aksi suku akhir Piala FA dan Bilic menganggap semua perlawanan sekarang hingga tamat musim adalah penting.
"Saya bercakap dengan semua pemain. Setiap perlawanan hari ini hingga akhir musim ialah perlawanan akhir. Perlawanan suku akhir Piala FA adalah sangat istimewa untuk kita tetapi kita juga ada banyak perlawanan akhir sehingga akhir musim," tambahnya.
Topic Berkaitan
#3 gol 12 minit
#Everton
#Slaven Bilic
#West Ham
#West Ham jaring 3 gol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan