awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boniface hampir sertai Milan... Hojlund?

Sinar Harian
Sinar Harian
21/08/2025
02:20 MYT
Boniface hampir sertai Milan... Hojlund?
Kiri, Rasmus Hojlund. Kanan, Victor Boniface. - Foto media sosial
PENYERANG Bayer Leverkusen, Victor Boniface dilaporkan hampir melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke AC Milan sekali gus menutup peluang Rasmus Hojlund menyertai gergasi Serie A itu.
Pada awalnya, Milan berminat membawa masuk Hojlund dari Manchester United, namun rundingan gagal mencapai kata sepakat selepas struktur perjanjian tidak merangkumi klausa kewajipan membeli.
Sebaliknya, Rossoneri kini mengalihkan tumpuan kepada Boniface menerusi pakej pinjaman dengan opsyen menjadikannya kekal pada musim depan.
Nasib Hojlund bertambah sukar apabila United merekrut penyerang muda Slovenia, Benjamin Sesko dengan nilai £73.7 juta (RM419 juta).
Kehadiran Sesko menyaksikan pengendali United, Ruben Amorim menggugurkan Hojlund daripada skuad ketika tewas 0-1 kepada Arsenal di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Bintang Denmark berusia 22 tahun itu sebelum ini menegaskan mahu terus kekal di Old Trafford meskipun dua musim awalnya bersama United dilalui dengan penuh cabaran.
Dalam perkembangan lain, Napoli turut memburu penyerang baharu selepas Romelu Lukaku dilaporkan mengalami kecederaan paha yang mungkin menyisihkannya sehingga empat bulan.
Menurut laporan media, Hojlund berkemungkinan menjadi pilihan Napoli sekiranya perbincangan kedua-dua pihak mencapai persetujuan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jendela perpindahan
#AC Milan
#Victor Boniface
#Rasmus Hojlund
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan