SANDAKAN: Borneo Eagles meraih kejuaraan kejohanan Ragbi Antarabangsa Borneo Tujuh Sebelah 2023 buat kali ketujuh selepas menewaskan Hong Kong China Dragons 17-12 dalam aksi final, di sini, pada Ahad.
Ulangan aksi final edisi lepas pada 2019, perlawanan sengit tersebut menyaksikan pasukan tuan rumah mendahului 7-5 pada separuh masa pertama sebelum Hong Kong China Dragons cuba bangkit pada babak kedua untuk mengikat kedudukan 12-12.
Beberapa minit sebelum wisel penamat, Kaleb Jean muncul wira pasukan Borneo Eagles apabila berjaya melakukan 'try' untuk mempertahankan kejuaraan, sekali gus memastikan kemenangan kejuaraan ketujuh selepas edisi 2004, 2007, 2015, 2016, 2017 dan 2019.
Gabungan pemain Malaysia dan warga New Zealand, pasukan Kelab Ragbi Eagles (ERC) itu menyifatkan perlawanan tersebut sukar dan sengit sehingga penghujungnya.
Ketua pasukan, Serupepeli Naqasima, berkata pasukan lawan itu merupakan skuad kebangsaan Hong Kong yang sedang membuat persiapan bagi menghadapi kejohanan Hong Kong Tujuh Sebelah dalam masa dua minggu lagi.
"Kami mengelak daripada melakukan kesilapan dan memberi tekanan sehingga wisel penamat," katanya.
Dalam pada itu Kelab ERC meraih kejayaan berganda apabila pasukan wakilnya, Eagles NZ 7s, muncul pasukan tuan rumah pertama menjulang trofi kategori wanita sejak pertama kali diperkenalkan pada 2001, dengan menewaskan pasukan Kazakhstan, 22-10.
Pasukan tuan rumah, dibarisi pemain warga tempatan dan warga New Zealand itu, hanya dibentuk beberapa minggu lalu dan kapten pasukan, Rebekah Cordero Tufuga berkata semua pemain berusaha keras sepanjang latihan dan perlawanan untuk mencipta sejarah.
Juara kategori lelaki dan wanita masing-masing menerima trofi dan hadiah wang tunai US$5,000 (RM22,428) manakaal naib juara membawa pulang US$2,500 (RM11,214).
Hadiah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Hadir sama menyaksikan perlawanan final ialah bekas pemain All Blacks (New Zealand), Rockey Khan dan bekas jurulatih kebangsaan skuad Tujuh Sebelah Samoa, Sir Gordon Frederick Tiietjens.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2023
Pasukan lelaki Borneo Eagles meraikan kejuaraan selepas menjuarai kategori lelaki bagi Kejohanan Ragbi Borneo Sevens. - Foto BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Borneo Eagles raih gelaran Ragbi Antarabangsa Borneo 7s buat kali ketujuh
Pasukan Borneo Eagles berjaya melakukan 'try' untuk mempertahankan kejuaraan, sekali gus memastikan kemenangan kejuaraan ketujuh