awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brendan, Faisal bentuk gandingan empat kapten Harimau Malaya

Bernama
Bernama
30/11/2022
21:45 MYT
Brendan, Faisal bentuk gandingan empat kapten Harimau Malaya
Dari kiri, Dion, Safawi, Mohd Faisal dan Brendan. - Facebook Football Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Tonggak utama Selangor FC Brendan Gan dan pemain sayap Terengganu FC Mohd Faisal Halim dilantik selaku kapten skuad Harimau Malaya bagi mengharungi saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan memaklumkan kejutan itu dibuat oleh ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon, sekali gus menyaksikan mereka akan bersama-sama Dion Cools serta Safawi Rasid bagi membentuk gandingan empat kapten Harimau Malaya.
"Dion dan Safawi sebelum ini bersama pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Syafiq Ahmad merupakan tiga kapten Harimau Malaya ketika kempen 48th King's Cup 2022 di Chiang Mai, Thailand, September lepas.
"Tetapi dengan ketiadaan Syafiq bagi kem latihan pusat kali ini, Brendan dan Mohd Faisal telah dinamakan sebagai pengganti," menurut kenyataan itu.
Syafiq sebelum ini adalah antara 11 pemain JDT yang tidak dapat menyertai kem latihan negara atas alasan urusan peribadi, komitmen keluarga dan masalah kecederaan.
Malaysia akan menentang Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Dis ini dan berdepan Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras pada 14 Dis sebelum memulakan cabaran pada saingan Piala AFF dari 20 Dis hingga 16 Jan tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#empat kapten Harimau Malaya
#brendan gan
#Faisal Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan