awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buriram United yakin tewaskan JDT pada aksi kedua pusingan 16 terakhir ACL Elite

Bernama
Bernama
05/03/2025
10:04 MYT
Buriram United yakin tewaskan JDT pada aksi kedua pusingan 16 terakhir ACL Elite
Loss berkata Buriram mempunyai masa seminggu untuk membuat persiapan bagi mencipta kejutan menewaskan skuad Harimau Selatan di gelanggang sendiri. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Buriram United Osmar Loss yakin skuad kendaliannya mampu mencipta kejutan menewaskan juara Liga Super musim ini Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACL Elite) 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Selasa depan.
Loss menyuarakan keyakinan itu selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada aksi pertama di Stadium Buriram malam tadi, sekali gus mengintai peluang untuk mara ke suku akhir di Arab Saudi bulan depan.
Beliau berkata setiap perlawanan menentang JDT memberikan cabaran berbeza tetapi menegaskan pasukannya mempunyai masa seminggu untuk membuat persiapan bagi mencipta kejutan menewaskan skuad Harimau Selatan di gelanggang sendiri.
"Setiap perlawanan yang kami lalui adalah berbeza. Pada perlawanan pertama peringkat liga, Buriram United menerima kad merah pada penghujung babak pertama, tetapi hari ini ia adalah perlawanan berbeza kerana kedua-dua pasukan bermain dengan 11 pemain sepanjang 90 minit.
"Kami ada seminggu untuk mempersiapkan pasukan sebelum ke Johor. Kami berharap untuk melakar kemenangan di sana. Selepas hari ini (malam tadi), saya percaya pemain kami lebih yakin. Bertandang ke Malaysia untuk perlawanan kedua, saya percaya kami mampu mara ke pusingan seterusnya," katanya seperti dipetik dalam laman sesawang di www.the-afc.com.
Loss ketika mengulas mengenai perlawanan malam tadi berkata anak buahnya kurang bernasib baik kerana gagal mencipta kemenangan walaupun lebih banyak mendominasi permainan dan mencipta peluang menjaringkan gol berbanding JDT.
Beliau berkata kekentalan bentang pertahanan JDT sepanjang 90 minit permainan turut mempengaruhi keputusan itu.
"Dalam perlawanan ini, saya akui bahawa semua yang kami lakukan adalah sempurna. Keseluruhan persembahan kami sangat baik. Kami mencipta banyak peluang tetapi tidak bernasib baik kerana gagal menjaringkan gol. Selain itu, lawan kami bertahan dengan sangat baik, dan itu yang menjadi perbezaan dalam bola sepak," katanya.
Ini adalah pertemuan kedua antara JDT dan Buriram dalam ACL Elite musim ini selepas seri tanpa jaringan dalam saingan peringkat liga di Stadium Sultan Ibrahim, Disember lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buriram united
#yakin tewaskan JDT
#acl elite
#aksi kedua pusingan 16
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan