KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Poul-Erik Hoyer tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan jumlah kejohanan dalam kalendar penganjuran badan sukan itu.
Sebaliknya, beliau berkata apa yang perlu dilakukan oleh BWF ialah mewujudkan sistem kejohanan 'ladder' dengan menyusun semula semua pertandingan mengikut keutamaan.
"Pada padangan saya, kita sudah kukuh dan sudah boleh mulakan perbincangan kejohanan mana perlu diberikan keutamaan dan kejohanan mana diletakkan dalam tier dua dan tier ketiga, saya juga percaya bahawa ini akan menyediakan generasi muda untuk benar-benar mendapat pendapatan.
"Saya rasa kita patut bincang bagaimana kita boleh laksanakan ladder (sistem) dan fokus. Saya tidak mahu mengurangkan kejohanan, saya mahu membuat lebih banyak kejohanan supaya kita boleh membuat sistem ladder itu, itu yang saya percaya," katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan bekas pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong We yang mencadangkan agara BWF mengurangkan jumlah kejohanan dalam setahun jika kita mahu melahirkan pemain berkualiti seperti Lin Dan dari China," katanya pada sidang media hari ini.
Hoyer bekata Chong Wei bukan bekas pemain pertama yang mencadangkan perkara terbabit.
"Kita juga mahu mendengar pendapat daripada pemain berpengalaman yang lain," kata pemenang pingat emas perseorangan lelaki edisi 1996 Atlanta.
Terdahulu, Hoyer turut menjadi saksi kepada majlis menandatangani MoU antara Badminton Asia dan BAM dan Akademi Badminton Malaysia (ABM).
MoU ditandatangan oleh Presiden Badminton Asia Kim Jong Soo and Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023

Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Poul-Erik Hoyer tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan jumlah kejohanan dalam kalendar penganjuran badan sukan itu.

Banjir di Baling pulih, dua PPS ditutup
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Baling bagi menempatkan 102 mangsa banjir sejak malam tadi akan ditutup pada 7 malam ini.
AWANI Borneo [22/09/2023] - Dua PPS dibuka | Inflasi Sarawak 3.4% | SIE 2023
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
1. Jumlah mangsa banjir di Limbang meningkat, dua PPS dibuka
2. Inflasi Sarawak 3.4 peratus, tertinggi di Malaysia
3. Kazakhstan berminat perkukuh kerjasama pelbagai bidang dengan Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.
1. Jumlah mangsa banjir di Limbang meningkat, dua PPS dibuka
2. Inflasi Sarawak 3.4 peratus, tertinggi di Malaysia
3. Kazakhstan berminat perkukuh kerjasama pelbagai bidang dengan Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Banjir kilat di beberapa negeri susulan fasa peralihan monsun
Banjir kilat yang berlaku di beberapa negeri ketika ini disebabkan hujan lebat yang lebih kerap berlaku susulan negara memasuki fasa peralihan monsun yang dijangka berterusan sehingga November.
Kazakhstan mahu perkukuh kerjasama perdagangan dengan Sabah
Kazakhstan berhasrat menjadi sebahagian daripada pertumbuhan perdagangan antarabangsa di Sabah melalui pelbagai bidang dan kepakaran termasuk infrastruktur, kewangan, pelancongan dan sekuriti makanan.
Jawatankuasa khas bincang kerjasama PBS dan STAR
Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata, sebelum sebarang kerjasama dimeterai kedua-dua parti untuk idea membentuk gabungan berkenaan, pihaknya perlu mengambil kira pandangan perwakilan terlebih dahulu.
JKR Sarawak ambil langkah segera tangani tanah mendap dI Jambatan Sungai Musah
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jambatan itu berada di laluan jalan negeri dan beliau telah berhubung dengan JKR Sarawak bagi memastikan kelancaran tindak balas.

MIC jalin kerjasama dengan Makkal Sakti perkukuh hala tuju kaum India
MIC akan menjalinkan kerjasama dengan Parti Makkal Sakti, bagi memperkukuhkan hala tuju serta menangani isu berkaitan kaum India di negara ini.
MOSTI teroka peluang kerjasama dengan Sarawak
Menteri MOSTI, Chang Lih Kang berkata, dari segi teknologi hidrogen dan ekonomi, Sarawak mempunyai prestasi yang cemerlang untuk dijadikan rujukan.
Rombongan MOSTI rasai pengalaman naik ART
Delegasi MOSTI berpeluang menaiki Transit Aliran Autonomi (ART), kenderaan tanpa pemandu dan dikuasakan oleh sel bahan api hidrogen yang pertama di Malaysia.
Sarawak mahu peruntukan dana tahunan projek zon padi
Kata Datuk Seri Fadillah Yusof dana ini khusus bagi pembangunan infrastruktur sistem saliran dan pengairan jelapang padi di zon-zon yang telah dikenal pasti di beberapa bahagian di wilayah berkenaan.

Masa kami untuk muncul juara belum tiba - Aaron
Aaron optimis masa akan tiba untuk bangkit meraih gelaran sambil mengakui kekalahan tersebut menjadi pengajaran berguna buat mereka.

Badminton Terbuka China: Beregu pilihan ketujuh rampas penamat kisah dongeng Tang Jie-Ee Wei
Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, untuk memburu penamat kisah dongeng dalam Kejohanan Badminton Terbuka China BWF tidak kesampaian,

Terbuka China BWF: Badi pusingan pertama Lee Zii Jia
Pemain Jepun, Kodai Naraoka, kembali menghantui perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, selepas bertarung lebih 1 jam dalam Terbuka China BWF.

Saya bukan Superman, bukan Ironman - Lee Zii Jia tidak ambil mudah penurunan ranking dunia
Bagi Zii Jia, kekalahan demi kekalahan yang dialaminya cukup menyakitkan untuk dilalui, termasuk ketika terkandas di Copenhagen minggu lalu.

Badminton Dunia BWF: Jin Wei mara ke pusingan kedua
Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, tidak berdepan sebarang masalah apabila berjaya melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia.

Kejohanan Dunia BWF: Jurulatih asah kekuatan mental Lee Zii Jia
Pengarah Kejurulatihan Team LZJ, Wong Tat Meng, mengakui ini bukan masa terbaik untuk merombak regim latihan Lee Zii Jia menuju ke Kejohanan Dunia BWF 2023 di Copenhage, Denmark.

Badminton: Laluan sukar menanti Zii Jia di Kejohanan Dunia 2023
Perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia dijangka berdepan satu lagi ujian mencabar, di Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark dari 21-27 Ogos ini.

Zii Jia lonjak empat anak tangga
Lee Zii Jia mempamerkan peningkatan ketara dalam ranking dunia selepas mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Australia minggu lalu.

"Bukan sekadar kawan, tetapi keluarga" - Chong Wei sebak pemergian Ah Gan
Berita itu dikongsikan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei di media sosialnya.

Tiga kejohanan medan tentukan program latihan sesuai untuk Zii Jia - Jurulatih
Prestasi di tiga kejohanan terdekat bakal menjadi penanda aras buat Wong Tat Meng dalam menyediakan program latihan untuk Lee Zii Jia.