awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabaran Malaysia di Jelajah Dunia Akhir BWF tamat

Bernama
Bernama
04/12/2021
20:11 MYT
Cabaran Malaysia di Jelajah Dunia Akhir BWF tamat
Zii Jia (gambar) yang nyata kecewa dan tidak berpuas hati dengan kekalahan semalam berkata, Kunvalut bermain dengan lebih baik berbanding sebelum ini. - Facebook Badminton Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Tiada wakil Malaysia beraksi dalam final Jelajah Dunia Akhir BWF hari ini, selepas tiga wakil negara terkandas di saingan separuh akhir berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, semalam.
Keputusan paling mengecewakan apabila pemain perseorangan utama negara Lee Zii Jia yang menghuni ranking kelapan dunia, dikejutkan oleh pemain di ranking ke-23 dari Thailand Kunlavut Vitidsarn 21-18, 21-18.
Kunvalut yang juga juara dunia remaja sebanyak tiga kali, berdepan kekalahan 21-15, 21-16 kepada Zii Jia dalam perlawanan Kumpulan B pada Rabu, memastikan pembalasan yang sempurna dalam perjalanannya menuju ke perlawanan akhir pertamanya musim ini.
Juara All England yang nyata kecewa dan tidak berpuas hati dengan kekalahan semalam berkata Kunvalut bermain dengan lebih baik berbanding sebelum ini.
"Hari ini, dia lebih tenang berbanding perlawanan sebelum ini dan lebih bersedia. Kunvalut dapat membaca permainan saya dan dia lebih terkawal.
"Walaupun saya kalah di separuh akhir, ini adalah keputusan yang lebih baik berbanding Jelajah Dunia Akhir 2020 pada Januari tahun ini (saya tersingkir di peringkat kumpulan), tapi kali ini saya berjaya ke separuh akhir," katanya dalam temu bual dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas perlawanan semalam.
Zii Jia berkata beliau akan berehat, segarkan badan dan bersedia untuk Kejohanan Dunia yang dijadual pada 12 hingga 19 Dis di Huelva, Sepanyol.
Sementara itu, dalam saingan beregu lelaki pula, pasangan ke-12 dunia Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terpaksa akur dengan kehebatan beregu Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-18, 21-15.
Terdahulu, pasangan beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menamatkan saingan selepas tewas kepada pasangan Thailand Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 21-8, 21-18.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jelajah Dunia Akhir BWF
#Lee Zii Jia
#badminton
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan