KUALA LUMPUR: Dua peluncur ski negara, Jeffrey Webb dan Aruwin Salehhuddin mengarak Jalur Gemilang masuk ke Stadium Nasional Beijing pada upacara perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 malam ini sebagai tanda penyertaan Malaysia sebuah negara beriklim Khatulistiwa dalam temasya sukan berprestij itu.
Malaysia adalah kontinjen kelima memasuki stadium yang terkenal dengan nama julukan Stadium Sarang Burung itu dan turut menyertai perbarisan adalah Ketua Kontinjen Moira Tan, Pengurus Pasukan Salehhuddin Ayob, Pengurus Besar Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Fong Wan Hor dan dua jurulatih, Bezjak Mladen dan Ryan Shorter.
Kontinjen negara memperagakan persalinan musim sejuk berwarna hijau gelap serta hitam, selain dilengkapi topi salji berwarna putih tertera Jalur Gemilang di bahagian depan.
Aruwin yang merupakan atlet wanita negara pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik Musim Sejuk akan memulakan cabarannya dalam acara 'Giant Slalom' Wanita pada Isnin depan sebelum turun bertanding dalam acara 'Slalom' pada 9 Feb ini.
Atlet berusia 17 tahun itu mula bermain ski seawal usia dua tahun sebelum memasuki kelab lumba ski pertamanya pada usia lima tahun dan kemudian menyertai Akademi Lumba Ski Antarabangsa pada 2015.
Sementara itu, Jeffrey yang turut membuat penampilan di Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 yang merupakan penyertaan sulung negara dalam sukan musim sejuk itu, dijadual turun beraksi dalam acara "Slalom" pada 16 Feb sekali gus berpeluang memperbaiki pencapaiannya pada edisi terdahulu.
Beliau yang merupakan atlet berpangkalan di Amerikat Syarikat adalah sebahagian daripada kontinjen negara yang mengambil bahagian pada Sukan Asia Musim Sejuk Sapporo 2017, selain mencipta sejarah menjadi atlet Malaysia pertama berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Musim Sejuk.
Malaysia mencipta sejarah dengan penampilan pertama di Olimpik Musim Sejuk empat tahun lepas di Korea Selatan itu menerusi peluncur ais Julian Yee dan Jeffrey.
Julian menamatkan acara pada kedudukan ke-25 bagi acara perseorangan lelaki, manakala Jeffrey menduduki tempat ke-68 dalam acara "Giant Slalom" lelaki, namun gagal menamatkan acara "Slalom".
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022

Dua peluncur ski negara, Jeffrey Webb dan Aruwin Salehhuddin mengarak Jalur Gemilang masuk ke Stadium Nasional Beijing pada upacara perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 malam ini. - Foto REUTERS

Stadium Sultan Muhammad IV berwajah baharu
Proses naik taraf yang bermula September tahun lalu itu dijangka siap sepenuhnya pada 24 Ogos ini.

Lawatan Ke Turkiye | Malaysia pertimbang pilihan dapatkan sumber gandum
Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye ketika dunia terus mengalami kekangan bekalan, lonjakan harga makanan serta inflasi. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aspek jaminan keselamatan makanan juga adalah antara komponen utama dalam beberapa siri pertemuan beliau dengan peneraju industri republik itu.

Nasib Sri Lanka | PM Ranil Wickremesinghe akui negara muflis
Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe akui negara itu kini muflis dan terjerumus ke kancah krisis ekonomi yang sangat dahsyat dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Malah lebih buruk katanya, ia dijangka berlarutan sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun depan.

Banjir Baling: Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan terlibat dalam misi tersebut.

"Saya Datin Seri, saya tak bermadu" - Noniswara
Pelakon Noniswara jelas gelaran yang disandang, jawab tuduhan bergelar isteri kedua.

Sindiket nikah 'Ustaz Zul' tumpas
Seramai 16 individu termasuk isteri dan anak kepada lelaki terbabit yang mendakwa dirinya sebagai jurunikah bertauliah ditahan.

Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.

Kedai di Kampung Masjid Iboi terbakar
Kebakaran memusnahkan lebih 80 peratus rumah kedai kelas A terbabit.

Banjir Baling: Nurul Anis sempat pilih nama anak dalam kandungan
Nurul Anis memilih nama Muhammad Aidan yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas.

Banjir Baling: Jumlah mangsa menurun
Sebanyak 159 mangsa daripada 50 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Banjir Baling: AIM serahkan bantuan, laksana moratorium bersasar enam bulan
Selain bantuan barangan dan kerja-kerja pembersihan, AIM memberikan moratorium bersasar selama enam bulan kepada Sahabat yang terjejas banjir.

Malaysia pertimbang pilihan dapatkan sumber gandum dari Turkiye - PM
Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 Julai 2022.

Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik mara, Sze Fei-Nur Izzuddin terkandas
Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen Masters Malaysia 2022 dengan cemerlang apabila menewaskan Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun pada pusingan pertama hari ini.

Malaysia, Indonesia perlu bekerjasama bina semula industri acara perniagaan - MYCEB
MyCEB akan berusaha untuk menjadikan kerjasama itu sebagai bermakna dan berjaya.

Food@Campus Keluarga Malaysia diteruskan
KPT meneruskan kesinambungan inisiatif pemberian baucar makanan percuma kepada pelajar B40 di IPT melalui Food@Campus Keluarga Malaysia.

8 syarikat didenda RM1.548 juta terlibat dalam aktiviti tipu bida projek Aswara
Lapan syarikat berkenaan didapati bersekongkol untuk mendapatkan projek tersebut, sekali gus melanggar Akta Persaingan 2010.

Ikmal Hisham nafi beri jam, payung untuk 'pancing' rakyat hadir majlis PN
Ikmal Hisham yang juga Timbalan Menteri Pertahanan turut mencabar mana-mana pihak agar mengemukakan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan.

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM53.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.48 bilion dalam dana Islam.

ASEAN harus terus jadi gagasan yang dihormati, dipercayai - Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata, ASEAN juga memerlukan kombinasi mekanisme-mekanisme berbentuk dua hala, pelbagai hala dan bahkan minilateral