awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabaran sukar menanti The Blues dalam separuh kedua musim 2016-17

Astro Arena
Astro Arena
01/01/2017
04:19 MYT
Cabaran sukar menanti The Blues dalam separuh kedua musim 2016-17
Skuad bimbingan Conte telah memenangi 16 daripada 19 perlawanan liga untuk berada di persada liga dengan kelebihan enam mata. - Foto AFP
KETUA jurulatih Chelsea, Antonio Conte, memuji persembahan pasukannya pada separuh pertama musim 2016-17 tetapi menyedari cabaran sukar menanti mereka.
Kemenangan 4-2 ke atas Stoke City pada Sabtu menyaksikan Chelsea melanjutkan rekod kemenangan ke-13 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Skuad bimbingan Conte telah memenangi 16 daripada 19 perlawanan liga untuk berada di persada liga dengan kelebihan enam mata.
Bagaimanapun, pengendali dari Itali itu memberikan amaran kepada pemain-pemainnya bahawa cabaran sukar menanti mereka.
"Saya berpendapat kami telah mempamerkan aksi yang mantap dalam separuh pertama dan ia adalah sesuatu perkara yang sukar diulangi," kata Conte.
"Kami telah bermain 19 perlawanan, kami berjaya menang 16 perlawanan, seri sekali dan tewas dua kali. Ia merupakan pencapaian yang sangat baik buat kami.
"Cabaran sukar menanti kami kerana setiap pasukan melihat kami sebagai ancaman, kami harus sentiasa berwaspada."
Dua gol daripada Willian, satu gol daripada Gary Cahill dan Diego Costa, memberikan Chelsea kemenangan ke atas Stoke di Stamford Bridge.
Topic Berkaitan
#Antonio Conte
#Chelsea
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#The Blues
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan