awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cantona disaman kerana tuduh Deschamp bersikap perkauman

Astro Arena
Astro Arena
28/05/2016
12:14 MYT
Cantona disaman kerana tuduh Deschamp bersikap perkauman
Legenda Manchester United, Eric Cantona, bakal berdepan tindakan saman. - Foto AFP
LEGENDA Manchester United, Eric Cantona, bakal berdepan tindakan saman susulan kenyataannya menuduh pengendali Perancis, Didier Deschamp, mengamalkan perkauman dalam memilih barisan 23 pemain untuk beraksi di Euro 2016.
Beberapa hari lalu, Cantona membuat kenyataan kepada media England, The Guardian, menyatakan bahawa Deschamp bersikap perkauman dalam memilih pemainnya.
Ini susulan tindakan Deschamp menggugurkan Karim Benzema dan Hatem Ben Arfa (berasal dari Algeria) dalam senarai 23 pemain yang akan beraksi di Euro 2016.
"Ben Arfa merupakan pemain terbaik di Perancis manakala Benzema merupakan penyerang prolifik, dan hanya disebabkan mereka bukan berasal dari Perancis, mereka tidak dipilih? Saya berhak berfikir sebegitu," katanya.
Berang dengan kenyataan dibuat Cantona, Deschamp bertekad mahu mengambil tindakan saman terhadap legenda United itu.
Turut menyuarakan sokongan sama terhadap Deschamp ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Perancis, Noel Le Graet.
"Kenyataan tersebut jelas mengarut dan tidak munasabah," katanya.
Walaupun Cantona bertegas dengan kenyataannya itu, namun barisan pemain yang tersenarai merangkumi pelbagai etnik.
Deschamp turut memanggil Adil Rami yang berketurunan Maghribi untuk menggantikan Raphael Varane yang mengalami kecederaan.
Topic Berkaitan
#berita bola sepak
#berita sukan
#Didier Deschamp
#eric cantona
#pengendali Perancis
#perkauman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan