awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CDM Sukan Sea 2017 diumumkan dua tahun lebih awal

Astro Arena
Astro Arena
21/08/2015
04:41 MYT
CDM Sukan Sea 2017 diumumkan dua tahun lebih awal
KHAIRY: Ia bagi memberi ruang buat CDM berkenaan untuk memantau segala persiapan bagi memastikan Malaysia mampu muncul juara temasya Sukan Sea 2017. Foto BERNAMA
Chef de Mission (CDM) temasya Sukan Olimpik 2016 serta Sukan Sea 2017 akan diumumkan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi.
Perkara itu dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selepas meminta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kemukakan senarai pendek calon yang bersesuaian.
Apa yang jadi tumpuan ialah Ketua Kontinjen Sukan Sea 2017 diumumkan dua tahun lebih awal berbanding kebiasaan.
Khairy menjelaskan, ia bagi memberi ruang buat CDM berkenaan untuk memantau segala persiapan bagi memastikan Malaysia mampu muncul juara temasya Sukan Sea 2017.
"Mungkin dalam tempoh masa seminggu dua saya akan umumkan, saya akan minta MOM umumkan ketua kontinjen bagi Olimpik dan juga Sukan Sea 2017.
"Kita namakan ketua kontinjen Sukan Sea 2017, dua tahun lebih awal iaitu satu keputusan atau satu tindakan yang baru sebab kita jadi tuan rumah, kita nak memenangi Sukan Sea tersebut. Saya perlukan ada seorang ketua kontinjen daripada sekarang.
Khairy berkata demikian selepas merasmikan larian Bursa Bull Charge anjuran Bursa Malaysia di Kuala Lumpur pada Khamis.
Larian yang dianjurkan setiap tahun ini disertai pelbagai syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta yang bertujuan mengutip dana untuk disumbangkan kepada 7 badan amal.
Khairy turut berharap syarikat-syarikat ini turut mampu menganjurkan program berkaitan sukan sempena Hari Sukan Negara yang bakal julung kali diadakan 10 Oktober depan.
Topic Berkaitan
#CDM
#Chef de Mission
#Khairy Jamaluddin
#Olimpik
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan