awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chaoming akui sukar pertahan emas di Hangzhou

Bernama
Bernama
08/09/2023
00:15 MYT
Chaoming akui sukar pertahan emas di Hangzhou
Chaoming melakar keputusan cemerlang pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta apabila mengungguli acara TT8-9 bersama gandingannya yang kini sudah bersara Ting Ing Hock. - Gambar fail/Instagram cheechaoming
KUALA LUMPUR: Atlet para ping pong negara Chee Chaoming mengakui berdepan misi sukar untuk mempertahankan pingat emas di pentas Sukan Para Asia 2022 di Hangzhou, China dari 22 hingga 28 Okt ini.
Beliau yang baharu digandingkan dengan Brady Chin, 21, menjangkakan saingan sengit dari wakil Indonesia, China, Jepun dan Thailand yang dibarisi pemain baharu pada temasya empat tahun sekali itu.
"Bagi saya untuk pertahankan emas, susah sikit sebab tuan rumah China, ada budak (atlet) baharu, jadi bukan senang.
"Sekarang kami terus berlatih, tahap persiapan semakin baik, kita akan ke Tianjin (China) untuk kem latihan sebelum ke Hangzhou," katanya kepada pemberita semasa sesi latihan di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Malaysia di sini semalam.
Chaoming, 26, bagaimanapun bertekad untuk mengungguli acara beregu serta perseorangan untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Paralimpik 2024 di Paris.
"Sebelum ini, saya ada bertanding di Terbuka Taiwan, dan bertemu pasangan baharu China, saya dapat tewaskan mereka untuk menang pingat gangsa, ia jadi pembakar semangat buat saya di Hangzhou nanti," katanya.
Mengulas mengenai pasangan baharunya itu, Chaoming berkata dia tidak berdepan masalah bergandingan dengan Brady dan yakin kemampuan atlet muda berkenaan.
Chaoming melakar keputusan cemerlang pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta apabila mengungguli acara TT8-9 bersama gandingannya yang kini sudah bersara Ting Ing Hock.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chee Chaoming
#ping pong
#Hangzhou China
#Sukan Para Asia 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan