awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chelsea benam Milan di Stamford Bridge

Astro Arena
Astro Arena
05/10/2022
23:50 MYT
Chelsea benam Milan di Stamford Bridge
Aksi Aubameyang meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan Liga Juara-Juara kumpulan E antara Chelsea FC dan AC Milan, di stadium Stamford Bridge, London, 5 Okt 2022. (Foto AP)
REMBATAN kencang Reece James melengkapkan kemenangan pertama Graham Potter di Stamford Bridge sebagai pengurus Chelsea ketika The Blues mengatasi AC Milan 3-0 bagi menghidupkan peluang mereka di pentas Liga Juara-Juara.
James melengkapkan kemenangan The Blues, bek kanan England itu turut melakukan bantuan buat jaringan kedua Pierre-Emerick Aubameyang ketika menyarung jersi Chelsea.
Wesley Fofana membuka jaringan, menampan masuk tandukkan Thiago Silva, sebelum terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.
"Ia bukan perlawanan yang mudah. Mereka bermain dengan baik pada separuh masa pertama. Kemudian kami mengekalkan intensiti yang sangat tinggi. Kami yakin dalam perlawanan ini," kata Aubameyang kepada BT Sport.
"Gol pertama sangat penting. Ia memberi kami kekuatan dan keyakinan. Kami tahu apa yang kami perlu lakukan menentang Milan. Mereka juga mempunyai penyerang yang hebat. Pemain pertahanan melakukan tugas yang luar biasa hari ini.
"Lebih mudah apabila anda memenangi perlawanan. Suasana sangat baik pada masa ini. Kami akan cuba mengekalkannya."
Chelsea memintas Milan ke tempat kedua Kumpulan E berdasarkan perbezaan jaringan menerusi kemenangan pertama mereka selepas tiga perlawanan UCL musim ini.
Topic Berkaitan
#Chelsea
#Liga Juara-Juara
#AC Milan
#Pierre-Emerick Aubameyang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan