BRIGHTON 1 CHELSEA 1
Rehat adalah satu-satunya penawar kepada kelesuan Chelsea yang berterusan, menurut Thomas Tuchel.
The Blues terikat 1-1 dengan Brighton & Hove Albion, awal pagi tadi, untuk melanjutkan rentak tanpa kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada empat perlawanan -- pencapaian terburuk mereka di bawah bimbingan Tuchel.
Chelsea hanya menang sekali daripada tujuh perlawanan terakhir liga selain 12 mata di belakang pendahulu, Manchester City, yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.
Pertemuan dengan Brighton itu adalah perlawanan ke-15 jaguh Liga Juara-Juara berkenaan sejak awal bulan lalu, justeru pengendali tersebut percaya satu-satunya cara untuk mereka kembali ke landasan tepat adalah melalui rehat.
"Kami kelihatan letih," katanya kepada BT Sport selepas tandukan Adam Webster membatalkan gol pembukaan Hakim Ziyech.
"Kami sedar mereka sudah bersedia, mereka mempunyai lebih banyak masa untuk membuat persiapan dan anda lihat pada akhirnya stadium ini bersorak meraikan kemenangan.
"Kami memerlukan kekuatan penuh untuk mengatasi halangan ini. Pada saat ini tiada sebarang kesilapan yang dilakukan. Kami telah mencuba segala-galanya. Kami penat daripada segi mental dan fizikal. Kami memerlukan beberapa hari cuti, tiada penyelesaian lain lagi.
"Kami mendapat cuti selama dua hari, kemudian dua hari lagi untuk membuat persiapan menghadapi Tottenham. Tiada penyelesaian lain," katanya.
Tuchel mengkritik Ziyech selepas mereka tumbang 0-1 kepada City pada hujung minggu lalu dan bekas pemain sayap Ajax itu tidak meraikan golnya dalam separuh masa pertama.
Dia juga kerap terlibat dalam perbualan hangat dengan Romelu Lukaku.
Pengurus kelab yang berpangkalan di London itu tidak terganggu oleh salah satu daripada faktor tersebut.
"Saya gembira. (Ziyech) boleh menjaringkan 20 lagi dan tidak meraikannya, saya tiada masalah," katanya lagi.
"Biasalah mereka meluahkan pandangan. Biasalah mereka tidak gembira dan mereka tidak suka jika kami kata kami menuntut lebih banyak lagi daripada mereka. Dalam soal reaksinya terhadap jaringan, anda boleh lihat kami kepenatan kerana kami cuba menjimatkan tenaga dalam soal itu."
Astro Arena
Wed Jan 19 2022
Chelsea hanya menang sekali daripada tujuh perlawanan terakhir liga selain 12 mata di belakang pendahulu, Manchester City. - Astro ARENA
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.