THOMAS Tuchel dilantik sebagai pengurus Chelsea selepas pemecatan Frank Lampard.
Chelsea mendatangkan bekas ketua jurulatih Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain (PSG) itu dengan kontrak pendahuluan sehingga hujung musim depan.
Individu berusia 47 tahun itu tidak mengemudi mana-mana pasukan sejak dipecat PSG bulan lalu.
Chelsea mengesahkan perkara itu dalam laman web rasmi mereka: "Thomas Tuchel telah dilantik sebagai ketua jurulatih Chelsea yang baru."
Tuchel dalam respons segeranya berkata: "Saya mahu berterima kasih kepada Chelsea FC atas keyakinan yang mereka letakkan kepada saya dan staf saya.
"Kami amat menghormati usaha Frank Lampard dan legasi yang diciptanya di Chelsea. Pada masa sama, saya tidak sabar untuk bertemu pasukan baru saya dan bersaing dalam liga bola sepak yang paling menarik. Saya bersyukur untuk kini dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Chelsea -- ia perasaan yang luar biasa."
BACA: Chelsea pecat Lampard susulan prestasi buruk
Chelsea berkata terdapat kemungkinan untuk kontrak Tuchel di Stamford Bridge dipanjangkan dan pengarahnya, Marina Gronavskaia, menggesa jurulatih itu untuk mengambil peluang berkenaan bagi meraih kejayaan segera musim ini.
Dia berkata: "Ia tidak pernah mudah untuk menukar jurulatih pada pertengahan musim tetapi kami amat gembira untuk mendatangkan jurulatih terbaik di Eropah, Thomas Tuchel.
"Masih banyak untuk dilalui dan masih banyak untuk dicapai musim ini dan seterusnya. Selamat datang ke kelab ini Thomas."
Tuchel sudah memulakan sesi latihan pertamanya bersama Chelsea semalam.
Mereka akan berdepan Wolves di Stamford Bridge dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok sebelum melayani Burnley hujung minggu ini.
Astro Arena
Wed Jan 27 2021

TUCHEL: Saya mahu berterima kasih kepada Chelsea FC atas keyakinan yang mereka letakkan kepada saya dan staf saya. - Gambar fail

Persiapan Ramadan di Mesir meriah
Sambutan awal Ramadan tahun ini dijangka sederhana susulan ancaman COVID-19.

COVID-19: Nilai R-Naught meningkat kepada 1.06, Terengganu tertinggi
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, nilai itu meningkat sebanyak 0.3 berbanding 1.03, Sabtu lalu

Sonny amat bertuah bapanya lelaki lebih baik daripada Ole - Mourinho
Solskjaer meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan tindakan Son merebahkan badan dalam babak pertama pertemuan EPL di antara kedua-dua pasukan itu.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [12 April 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [12 April 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899390/6271739551618187783389_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [12 April 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Hakim Rahman.

#AWANIJr: The Unsung Hero
Pada kali ini, pihak TV Al Hikmah berpeluang menemu bual bersama adik Muhammad Norman Haikal iaitu The Unsung Hero. Jom kita dengar apa komentar daripada adik Norman ini. Bersama pengacara Awani JR iaitu Nurul Yasmin Irdina Maslizi, 15 dan Hadieja Sofea Saidin, 14. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.

Perintah berkurung di Belanda sehingga 29 April
Belanda akan terus melaksanakan perintah berkurung dan kawalan pergerakan sekurang-kurangnya sehingga 29 April ini.

Kemaluan tersekat dalam botol plastik
Seorang lelaki berusia 47 tahun berdepan detik cemas apabila kemaluannya tersekat dalam botol plastik pada Ahad.

COVID-19 | Angka korban global kini lebih 2.93 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan drastik selepas merekodkan lebih 20 ribu kematian. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.93 juta kes.

Unjuran Pasaran | Bursa tempatan dijangka tinggi minggu ini
Indeks FBM KLCI dijangka diniaga tinggi minggu ini, membina prestasi lebih kukuh dalam pasaran ekuiti, selepas melepasi paras kritikal minggu lalu. Menurut Pencarta Kanan Maybank Investment Bank Bhd Nik Ihsan Raja Abdullah yang dipetik Bernama Bursa tempatan dijangka tidak banyak berubah berikutan aktiviti pengambilan untung dalam hartanah yang meningkat baru-baru ini.

COVID-19 | Perintah berkurung di Belanda sehingga 29 April
Belanda akan terus melaksanakan perintah berkurung dan kawalan pergerakan sekurang-kurangnya sehingga 29 April ini. Ia meliputi perintah berkurung pada waktu malam serta kawalan pergerakan ketat yang lain.

Tuchel tidak terkejut Chelsea bergelut ke separuh akhir
The Blues beraksi agak bertahan sepanjang separuh masa kedua di Stamford Bridge, malam tadi, sebelum gol lewat Hakim Ziyech melengkapkan kemenangan 2-0 tuan rumah.

'Suasana bulan madu' tidak jejas fokus Chelsea - Tuchel
Chelsea telah melepasi 11 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan, memenangi lapan.

Tuchel sangat gembira Chelsea atasi Atletico
Jaringan cemerlang Olivier Giroud memastikan kemenangan 1-0 ke atas Atletico dalam aksi pertama UCL awal pagi tadi.

Pendedahan Tuchel: Saya pernah jadi penyokong Spurs
Dengan perseteruan tradisi di antara Tottenham dan Chelsea, ia bermakna Tuchel tidak boleh mempunyai kesetiaan berbelah-bahagi.

Chelsea sahkan Tuchel pengganti Lampard
Chelsea mendatangkan bekas ketua jurulatih Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain (PSG) itu dengan kontrak pendahuluan sehingga hujung musim depan.

Tuchel tidak bimbang dengan motivasi pemain PSG
Tuchel membantu gergasi Perancis itu menjuarai treble domestik musim lalu dan mara ke final UCL, di mana mereka tewas 1-0 kepada Bayern Munich.

Neymar cedera ketika PSG tewaskan Istanbul Basaksehir
Pemain kebangsaan Brazil itu kelihatan mengalami kesakitan di pinggul kirinya dalam aksi separuh masa pertama di Turki itu.

Tuchel tidak kisah dengan tekanan hebat di PSG
Kedudukan Tuchel sebagai ketua jurulatih pasukan gergasi Ligue 1 itu menjadi persoalan selepas tewas 1-2 kepada Manchester United di laman sendiri dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Rabu lalu.

Tuchel naik angin masa depannya di PSG dipersoal
Metz akan berdepan juara bertahan itu awal pagi esok selepas PSG tewas 0-1 kepada Lens dan Marseille.

Tuchel kecewa reaksi ganas PSG selepas tewas
Tuchel enggan memperbesarkan kekalahan itu walaupun PSG membuka kempen 2020-21 dengan dua kekalahan berturut-turut.