awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chelsea tidak tolak lepaskan Rudiger, Hudson-Odoi

Astro Arena
Astro Arena
23/09/2020
02:00 MYT
Chelsea tidak tolak lepaskan Rudiger, Hudson-Odoi
Frank Lampard ketika memerhatikan perlawanan EPL antara Chelsea dan Liverpool di Stamford Bridge, London, Britain, 20 Sept, 2020. REUTERS/Fail
FRANK Lampard tidak menolak untuk melepaskan Antonio Rudiger atau Callum Hudson-Odoi.
Rudiger belum tampil bersama Chelsea musim ini dan diketepikan ketika mereka tewas 0-2 kepada Liverpool di Stamford Bridge, Isnin lalu.
Hudson-Odoi pula bergelut untuk merebut tempat sejak kembali daripada kecederaan tumit September tahun lalu, dan hanya memulakan satu perlawanan sejak Januari.
The Blues kemudian mengikat Timo Werner, Hakim Ziyech, Kai Havertz, Ben Chilwell, Thiago Silva dan Malang Sarr bagi mengukuhkan pasukan itu sejak musim lalu, sementara penjaga gol, Edouard Mendy, dijangka tiba minggu ini.
Ditanya adakah pilihan dalam skuadnya terlalu besar jadi dia perlu membuat beberapa keputusan drastik sebelum jendela perpindahan ditutup pada 5 Oktober depan, Lampard berkata: "Ya, ada keputusan yang harus saya buat demi kelab termasuk pemain sendiri. Itulah keadaannya.
"Sudah tentu, saya mempunyai idea dalam jumlah pemain yang saya mahukan untuk menjadikan persaingan skuad ini sihat tetapi tidak perlulah mempunyai terlalu ramai pemain yang berasakan mereka seakan dipinggirkan memandangkan kurang beraksi seperti yang dihajati.
"Kami masih sibuk mengadakan perbincangan. Ia bukan bermaksud kami sedang memaksa pemain di sesuatu posisi itu supaya berpindah tetapi ia sebahagian daripada perbincangan yang akan dimuktakmadkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang."
View this post on Instagram
Full power
Mengenai sama ada Rudiger atau Hudson-Odoi akan dilepaskan, tambahnya: "Masih ada perkara yang perlu dinilai memandangkan kami kini menempuhi situasi pasaran pemain yang belum pernah berlaku seperti ini dalam beberapa tahun terakhir ini, dalam soal bagaimana perpindahan itu berlaku yang membabitkan tahap tertentu.
"Saingan kompetitif baru saja bermula, saya sangat terbuka untuk berbincang dengan pemain sepanjang beberapa minggu ini. Keutamaan saya ialah untuk memastikan saya dapat mengekalkan skuad terampuh yang boleh saya bentuk di kelab ini.
"Sudah tentu, dalam masa yang sama pertanyaan dan perbualan individu akan berlaku. Jadi saya akan cuba dan pastikan bahawa sebaik jendela pembelian pemain ditutup kelak, saya dapat memasuki musim ini dengan skuad yang kompetitif dengan cara yang sihat."
Mason Mount, Tammy Abraham dan Fikayo Tomori memainkan peranan besar musim lalu seelepas menghabiskan kempen terdahulu dipinjamkan.
Walaupun baru melanjutkan kontrak baru selama lima tahun sambil perpindahan ke Bayern Munich gagal membuahkan hasil, Hudson-Odoi terus tersisih, lantas pengurus itu mendesak pemain sayap berusia 19 tahun berkenaan agar membuktikan bahawa dia layak meraih tempat biasa dalam kesebelasan utama.
Topic Berkaitan
#Antonio Rudiger
#Bayern Munich
#Callum Hudson-Odoi
#Chelsea
#Edouard Mendy
#Frank Lampard
#keputusan drastik
#kontrak
#Liverpool
#pemain
#perbincangan
#perpindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan