Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe hari ini mengesahkan telah menerima surat pelantikan sebagai penolong jurulatih skuad Harimau Malaya daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 5 April lalu.
Cheng Hoe berkata surat itu telah diserahkan kepada Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Aminuddin Omar pada 6 April, dan beliau kini menunggu keputusan daripada KFA.
"Bagaimanapun, bila tarikh saya melapor diri di FAM belum dapat saya berikan kerana saya masih perlu mendapatkan respons daripada pengurusan tertinggi KFA," katanya yang menghantar surat peletakan jawatan sebagai jurulatih Kedah pada 1 April lepas.
Terdahulu, Cheng Hoe melakukan kunjungan hormat kira-kira 15 minit ke atas Menteri Besar merangkap Presiden KFA Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman, bagi memaklumkan secara rasmi pelantikan beliau sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan.
KFA sebelum ini, meminta Cheng Hoe mengemukakan surat tawaran rasmi daripada FAM sebelum membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan beliau sebagai jurulatih Kedah.
Cheng Hoe berkata dalam perjumpaan tersebut, Ahmad Bashah menyatakan kegembiraannya kerana ada rakyat Kedah yang dapat melatih pasukan kebangsaan, namun pada masa sama bimbang dengan prestasi skuad Helang Merah selepas ini, setelah ketiadaan beliau.
"Dia (Ahmad Bashah) gembira tetapi pada masa sama berfikir tentang prestasi pasukan Kedah yang kini berada di landasan terbaik dalam saingan Liga Malaysia.
"Pada masa ini, saya masih jurulatih Kedah dan saya akan pastikan tugas untuk melatih pemain Kedah dijalankan dengan baik," katanya.
Cheng Hoe berkata ia keputusan yang amat sukar untuk meninggalkan tugas sebagai jurulatih Kedah, namun ada tugas berat yang perlu dipikul bagi mengangkat semula prestasi pasukan Harimau Malaya di arena bola sepak dunia.
"Cabaran di peringkat kebangsaan lebih besar dan bukan senang untuk mendapat sokongan daripada penyokong. Jadi ini akan menjadi tugas saya apabila berkhidmat dengan FAM nanti," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2017
Menteri Besar Kedah merangkap Presiden KFA bersalaman dengan Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe selepas menerima kunjungan jurulatih Kedah itu bagi memaklumkan pelantikanya sebagai Penolong Pembantu Harimau Malaya di pejabatnya pada 11 Apri. - FotoBERNAMA
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
3 terbunuh serangan peluru berpandu Rusia
Serangan turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam.
Rumah kosong di Jepun pecah rekod, 9 juta unit
Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata kenaikan gaji melebihi 13 peratus itu membuktikan komitmen kerajaan kepada penjawat awam.
Australia peruntukan AUD1 bilion banteras keganasan domestik, seksual
Perdana Menteri Australian umumkan peruntukan AUD1 bilion tangani jenayah kegasanan domestik dan seksual yang disifatkan sebagai krisis nasional negara itu.
Puluhan kakitangan berhimpun di Universiti Stanford
Universiti Standford, California antara puluhan institusi yang menyertai protes menggesa menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza akibat serangan Israel.
Polis masuk Universiti Columbia, tahan beberapa individu
Pada Selasa, pelajar Universiti Colombia berikrar meneruskan siri protes di kampus sebagai solidariti menyokong Palestin, sekali gus melawan usaha pihak universiti untuk menghentikan mereka.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.
Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.
Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.
Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.
10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.
Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.
Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.
Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.