SUKAN
Chong Wei dilantik ahli majlis BAM

Legenda badminton negara Datuk Seri Lee Chong Wei dilantik sebagai salah seorang ahli majlis baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM). - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Seri Lee Chong Wei dilantik sebagai salah seorang ahli majlis baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sekali gus menandakan kemunculan semula beliau dalam arena badminton negara, selaras dengan visi BAM menjadikan Malaysia kuasa besar badminton dunia.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Lee Chong Wei dilantik sebagai ahli majlis baharu BAM bersama tiga tokoh korporat terkemuka.
- Pelantikan diumumkan Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, selaras visi menjadikan Malaysia kuasa besar badminton dunia.
- BAM menetapkan sasaran utama termasuk juara Piala Thomas 2026 dan emas Olimpik 2028.
"Mereka semua bersetuju dan mereka adalah wakil bebas. Kita mempunyai kuota untuk melantik lima ahli majlis dari kalangan bukan wakil negeri. Jadi buat masa ini, empat dahulu dengan persetujuan ahli majlis," katanya.
Menurutnya jawatankuasa dijangka dimuktamadkan Oktober depan, bertepatan dengan mesyuarat majlis seterusnya, namun beberapa keputusan awal mungkin dilaksanakan lebih awal.
Tengku Zafrul turut mengesahkan cadangan beliau untuk menstruktur semula jawatankuasa BAM bagi meningkatkan keberkesanan pentadbiran.
Dalam pada itu, beliau turut menggariskan lima sasaran utama BAM, antaranya menjuarai Piala Thomas 2026, meraih pingat emas Olimpik 2028 serta melonjakkan Malaysia ke ranking nombor satu dunia dalam tiga daripada lima acara utama.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami