Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Al Amin Abdul Majid percaya Datuk Lee Chong Wei dan Morten Frost Hansen bersikap profesional dalam menangani perselisihan mereka.
Sehubungan itu, Al Amin sekali lagi menegaskan konflik yang tercetus antara ikon badminton negara dan Pengarah Kejurulatih BAM itu, sudah selesai selepas kedua-duanya setuju memberi fokus kepada persediaan menghadapi kejohanan penting tahun ini.
"Saya tidak perlu menjelaskan secara terperinci apa yang diperkatakan Chong Wei ataupun Frost (mengenai konflik mereka) kepada saya. Mereka sangat profesional dalam menangani masalah ini," katanya.
Konflik antara Chong Wei dan Frost bermula selepas pemain itu mengalami kecederaan medial collateral ligament (MCL) dan menyalahkan BAM kerana tidak menghiraukan aduannya mengenai permukaan gelanggang baharu yang licin di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Namun apa yang membuatkan Chong Wei lebih marah adalah apabila Frost dikatakan membuat kenyataan yang seakan memintanya bersara kepada jurulatih perseorangan, Hendrawan sehingga mahu bertindak keluar daripada BAM.
Kecederaan itu turut menjejaskan peluang Chong Wei untuk beraksi di Kejohanan Seluruh England yang bermula dari 7-12 Mac depan.
"Saya tidak memandang ringan perkara ini (konflik mereka), saya sendiri telah bersemuka dengan mereka yang terlibat termasuk Pengurus Besar (Lawrence Chew) dan Setiausaha Kehormat BAM (Datuk Ng Chin Chai) bagi membincangkan permasalahan ini.
"Ketika ini biarlah Chong Wei pulih daripada kecederaanya...saya percaya beliau juga mempunyai matlamat yang lebih penting dalam kariernya selaku pemain terbaik dunia," kata Al Amin.
Beliau berkata misi utama Chong Wei tahun ini adalah di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, pada Ogos, selain membantu skuad negara pada kempen Piala Sudirman di Gold Coast, Australia pada Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2017
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
AWANI Ringkas: Sultan Nazrin dilantik Pengerusi MKI untuk 2 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: Sejauh mana reformasi dasar diperlukan untuk tangani cabaran TVET?
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Niaga AWANI: Pekerja Kesuma Bangsa: Lonjakkan kesejahteraan pekerja, produktiviti organisasi
Bagaimana untuk memahami hubungan antara kesejahteraan pekerja dan produktiviti organisasi, terutamanya dalam konteks Malaysia?
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga pekerja
Seri Paduka Baginda berdua bertitah warga pekerja adalah pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik.
Boleh guna kad debit, kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Kaedah pembayaran baharu ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan meningkatkan kecekapan proses pembelian untuk pengguna Rapid KL.
Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM
Menurut Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah latihan intensif selama 5 hari itu merupakan satu peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia tetap dapat sambutan pemain terbaik dunia - BAM
Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 tetap mendapat sambutan dengan kehadiran nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.
Kesihatan Tze Yong jadi keutamaan BAM - Norza
Norza berkata, Tze Yong diberikan ruang untuk kembali pulih sepenuhnya terlebih dahulu.
Tze Yong alami kecederaan tulang belakang - BAM
BAM kini memantau tindak balas Tze Yong terhadap suntikan yang diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) pada minggu lepas.