Meskipun dilanda pelbagai konflik dan kecederaan, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tetap bersemangat dan meletakkan keazaman tinggi untuk memburu gelaran keempat pada Kejohanan All England di Birmingham, dari 7 hingga 12 Mac ini.
Chong Wei berkata kejohanan berprestij itu kemungkinan adalah terakhir bagi dirinya dan beliau tidak mahu mensia-siakan peluang tersebut untuk menyaingi pencabar lain biarpun baru pulih daripada kecederaan lutut.
Pemain nombor satu dunia itu yang menjuarai kejohanan itu sebanyak tiga kali bermula 2010, 2011 dan 2014 akan membuat penampilan pertamanya tahun ini selepas Kejohanan Siri Super Akhir Dubai, Disember lepas.
"Kemungkinan All England kali ini adalah yang terakhir...jadi saya akan memaksa diri saya untuk melakukan yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara di sini, hari ini.
Chong Wei disenaraikan sebagai pilihan utama dalam undian acara perseorangan lelaki pada kejohanan All England manakala pemain Denmark, Jan O Jorgensen sebagai pemain pilihan kedua.
"Bagi diri saya paling penting adalah untuk mendapat semula suasana pertandingan di gelanggang kerana masih ada beberapa kejohanan penting selepas ini," katanya yang mengalami kecederaan ligamen lutut kiri akibat tergelincir ketika latihan di ABM pada 4 Feb lepas.
Mengenai kecederaanya, Chong Wei berkata walaupun tidak pulih seratus peratus tetapi beliau telah mendapat kebenaran daripada doktor, pakar fisioterapi Institut Sukan Negara (ISN), Sandra Fiedler serta jurulatih untuk beraksi di All England kali ini.
"Masih ada rasa kesakitan. Masih ada rasa fobia (ketika latihan) tetapi saya yakin boleh atasi perasaan itu dan pemikiran saya perlu fokus untuk kecergasan diri sendiri.
"Sekarang ini persediaan mental perlu diberi penekanan," katanya.
BACA: BAM tubuh projek khas bantu Chong Wei raih gelaran dunia
BACA: Chong Wei pilihan utama kejohanan All England
Dalam saingan All England, Chong Wei dijangka tidak berdepan masalah menyingkirkan pemain daripada pusingan kelayakan pada pusingan pertama, dan dijadual berdepan Wei Nan dari Hong Kong atau Wang Tzu Wei (Taiwan) pada pusingan kedua.
Sekiranya, berjaya melepasi dua pusingan itu, Chong Wei dijangka berdepan bintang baharu China, Tian Houwei di suku akhir sebelum menentang musuh utama, Chen Long dari China di separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2017
Chong Wei tetap bersemangat dan meletakkan keazaman tinggi untuk memburu gelaran keempat pada Kejohanan All England di Birmingham Mac ini. - Gambar fail
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
ABM tetapkan empat keutamaan strategik bagi pertumbuhan masa hadapan
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) menggariskan empat keutamaan strategik masa hadapan seiring 50 tahun penubuhannya.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Zii Jia belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 - Rexy
Pemain lelaki profesional negara Lee Zii Jia masih belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 susulan Team LZJ sedang merangka perancangan terbaik.
Rexy kecewa skuad wanita tidak manfaat peluang di BATC 2024
Rexy Mainaky kecewa apabila skuad wanita negara gagal memanfaatkan peluang terbaik untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.
Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei
Chong Wei optimis Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, di Axiata Arena esok.
ABM pegang prinsip tidak manjakan pemain - Rexy
Memanjakan pemain boleh 'membunuh' karier atlet itu dan pada masa sama mempengaruhi ketahanan mental selain merencatkan proses pembangunan.
Hanya pemain 16 tahun ke atas ditempatkan di ABM bermula tahun depan
Bagaimanapun, kumpulan pemain berusia 14 hingga 15 tahun ketika ini akan kekal di ABM.
Rexy kini pegang jawatan Pengarah Kejurulatihan ABM - Kenny Goh
ABM mahu memiliki seorang sahaja pengarah kejurulatihan yang akan memantau prestasi kedua-dua kem perseorangan dan beregu negara.
Jalani kecam Team LZJ, patut bersyukur peluang berlatih di ABM
Jalani berkata Zii Jia sepatutnya bersyukur dengan peluang diberikan BAM yang membuka pintu buat pemain profesional berlatih di ABM.
Terbuka Korea: Zii Jia terus kempunan, kandas di pusingan pertama
Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia masih berdepan episod malang apabila kandas pada pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Korea 2023, hari ini.