Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kembali menukar fikiran dengan bersetuju beraksi pada pusingan akhir Siri Super Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), bulan depan.
Pemain keenam dunia itu yang sebelum ini, mengambil keputusan untuk menarik diri pada kejohanan bakal berlangsung dari 13 hingga 17 Dis ini, menjelaskan kejohanan berkenaan penting untuknya memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia.
"Saya kena pergi sebab ini kejohanan Siri Super terakhir musim ini dan bukan senang beraksi di Dubai kerana hanya lapan pemain terbaik dalam ranking dunia layak beraksi.
"Selepas aksi di Dubai, saya akan berehat panjang untuk meluangkan masa bersama keluarga sebelum fokus dengan kejohanan pertama pada tahun depan iaitu Seluruh England pada Mac," kata Chong Wei.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Hong Kong, hari ini.
Dalam pada itu, Chong Wei menyerahkan kepada jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock dan Hendrawan untuk menentukan penyertaannya pada beberapa kejohanan penting tahun depan - Sukan Komanwel di Australia; Sukan Asia di Indonesia; Kejohanan Dunia di China selain pusingan akhir Piala Thomas di Thailand.
Menyentuh mengenai kejayaan menjuarai Siri Super Terbuka Hong Kong semalam, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mengakui beliau cukup gembira kerana dapat menamatkan kemarau kejuaraan, yang kali terakhir dimenanginya pada Siri Super Premier Seluruh England, Mac lepas.
Chong Wei menewaskan seteru utamanya, Chen Long dari China 21-14 dan 21-19 pada aksi final, semalam, untuk meraih kejuaraan kelima selepas menjuarai kejohanan berkenaan sebanyak empat kali pada 2009, 2010, 2013 dan 2015.
"Saya gembira kerana dapat meraih kembali keyakinan diri setelah beberapa bulan tidak memenangi sebarang kejuaraan dan keputusan positif ini semestinya menaikkan semangat saya untuk beraksi lebih cemerlang pada kejohanan selepas ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2017
Chong Wei menyerahkan kepada jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock dan Hendrawan untuk menentukan penyertaannya pada beberapa kejohanan penting tahun depan. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Beregu lelaki bersiap sedia hadapi kalendar 2025 - Bin Shen
Penampilan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember jadi peluang terbaik mengenal pasti kelemahan secara terperinci.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).