awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Copa America: Colombia ke final benam Uruguay dengan hanya 10 pemain

Astro Arena
Astro Arena
11/07/2024
05:30 MYT
Copa America: Colombia ke final benam Uruguay dengan hanya 10 pemain
Colombia akan mencongak perhitungan dengan pasukan pilihan utama, Argentina, bagi perebutan gelaran benua Amerika itu pada Isnin ini. - Stadium Astro
COLOMBIA mara ke final Copa America 2024 selepas membenam Uruguay 1-0 dalam aksi separuh akhir di Stadium Bank of America sebentar tadi.
Menariknya, Los Cafeteros mempertahankan kelebihan satu gol itu biarpun terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang separuh masa kedua.
Jefferson Lerma muncul wira Colombia apabila jaringan tunggalnya membawa mereka ke final.
Pemain berusia 29 tahun itu menanduk masuk bola daripada sepakan penjuru James Rodriguez untuk memastikan Colombia di depan pada minit ke-39.
Segala-galanya kelihatan baik buat Colombia sehinggalah Daniel Munoz dilayangkan kad kuning kedua dalam waktu kecederaan sebelum ke bilik persalinan gara-gara menyiku dada Manuel Ugarte.
Bagaimanapun, Uruguay gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain untuk menyamakan kedudukan sepanjang babak kedua, sekali gus terpaksa merelakan kemaraan Colombia ke final.
Colombia seterusnya akan mencongak perhitungan dengan pasukan pilihan utama, Argentina, bagi perebutan gelaran benua Amerika itu pada Isnin ini.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro

Topic Berkaitan
#Copa America
#Colombia
#Uruguay
#mara ke final
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan