awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Copa America: CONMEBOL siasat insiden pergaduhan babit Nunez

Sinar Harian
Sinar Harian
12/07/2024
05:15 MYT
Copa America: CONMEBOL siasat insiden pergaduhan babit Nunez
Nunez adalah antara pemain yang meluru ke tempat duduk penonton di Stadium Bank of America semasa kejadian yang disifatkan oleh CONMEBOL sebagai 'tidak boleh diterima'. - Gambar/ FB WF news
PENGANJUR Copa America, CONMEBOL membuka siasatan disiplin susulan 'tindakan keganasan' selepas aksi separuh akhir pada Khamis antara Uruguay dan Colombia di Charlotte.
Penyerang Liverpool dari Uruguay, Darwin Nunez adalah antara pemain yang meluru ke tempat duduk penonton di Stadium Bank of America semasa kejadian yang disifatkan oleh CONMEBOL sebagai 'tidak boleh diterima'.
Pertahanan tengah Uruguay, Jose Maria Gimenez berkata, pemain telah melompat ke tempat duduk penonton kerana bimbangkan keselamatan ahli keluarga dan orang tersayang yang menonton perlawanan pada perlawanan itu.
"Memandangkan tindakan keganasan yang berlaku pada penghujung perlawanan antara pasukan kebangsaan Uruguay dan Colombia, Unit Disiplin CONMEBOL telah memutuskan untuk membuka siasatan bagi menjelaskan peristiwa dan tanggungjawab mereka yang terlibat," kata konfederasi itu.
CONMEBOL berkata, mereka tidak mahu kejadian berulang membabitkan dua kumpulan penyokong ketika perlawanan akhir antara Argentina dan Colombia di Stadium Hard Rock di Miami.
“Menjelang final Copa America kami, kami ingin menegaskan dan memberi amaran bahawa tiada tindakan yang mencemarkan sambutan bola sepak global akan diterima, melibatkan kedua-dua pasukan.
"Situasi seperti ini tidak boleh diterima kerana ia mengubah keghairahan menjadi keganasan. Oleh itu, tiada tingkah laku yang melanggar semangat sukan dan tontonan seisi keluarga akan diterima," katanya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#CONMEBOL
#Copa America
#pergaduhan
#Darwin Nunez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan