LITAR Temerloh sering menceriakan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini dan menjelang perlumbaan pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas hujung minggu ini, pengurus pasukan Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing itu berharap sekali lagi tuah akan memihak kepadanya.
Sejak kali pertama Temerloh berada dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix pada 2013, pasukan itu telah meraih tiga podium dalam kelas perdana melalui Mohd Zaqhwan Zaidi yang muncul naib juara dan juara pada tahun 2013 serta 2014 dalam kategori CP130 manakala meraih tempat ketiga sewaktu perlumbaan pertama kelas CP150 pada 2017.
Hanya pada 2016, Zaqhwan gagal menaiki podium apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat setelah tidak beraksi pada 2015.
Saingan kategori CP115 juga tidak mengecewakan apabila menghadiahkan dua podium di tempat kedua dan ketiga pada musim 2017 melalui Azroy Hakeem Anuar dan Mohd Amirul Ariff Musa.
“Walaupun tahun ini Zaqhwan tidak bersama kami, persembahan Azroy yang dinaikkan ke kelas CP150 semakin menunjukkan peningkatan.
"Dia berjaya menempatkan diri dalam kelompok hadapan sepanjang dua pusingan lepas, cuma nasibnya tidak begitu baik apabila mengalami beberapa masalah mekanikal dan insiden sewaktu perlumbaan,” kata Yuzy.
"Azroy juga semakin matang dan menunjukkan peningkatan prestasi dari semasa ke semasa. Walaupun pertama kali beraksi bersama pelumba-pelumba senior yang lebih berpengalaman, dia mampu menangani cabaran dan kami berharap dia akan meraih kejayaan.
“Daripada segi jentera juga, ia lebih baik tahun ini. Jurutera pasukan terus bekerja keras sebagai persiapan untuk perlumbaan minggu ini. Mudah-mudahan Litar Temerloh akan terus menghadiahkan podium kepada pasukan kami.”
Astro Arena
Tue Aug 14 2018
Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing telah meraih tiga podium dalam kelas perdana. - Astro Arena
Piala Thomas: Taiwan lakar kejutan singkir Denmark untuk mara ke separuh akhir
Kejayaan sensasi itu menyaksikan Taiwan berdepan Indonesia dan Malaysia menentang China di pentas separuh akhir pada jam 5 petang hari ini.
Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan kawalan pengurusan kewangan - PM
Ketegasan dalam menguruskan kewangan juga mampu untuk memberikan lebih banyak manfaat serta barakah selepas ini kepada kumpulan terbabit.
Trio pecut wanita dalam senarai menunggu ke Paris 2024
Trio pecut wanita negara berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berada pada kedudukan pertama senarai menunggu untuk mengambil bahagian di temasya itu.
JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut
JAIM bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan TVET yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
SUKMA XXI bakal bawa limpahan ekonomi kepada Sarawak - Abdul Karim
Pemain industri perhotelan, inap desa dan pengusaha makanan serta pengangkutan di Sarawak bakal menerima limpahan ekonomi daripada penganjuran temasya SUKMA XXI Sarawak 2024.
Minggu Latihan Kebangsaan pupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat - HRD Corp
HRD Corp bakal menganjurkan NTW pada Jun ini, bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Cub Prix: Shahrol Yuzy harap tuah di Temerloh
Pengurus pasukan Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing itu berharap sekali lagi tuah akan memihak kepadanya.