Meskipun kecewa gagal meraih kemenangan, pengendali Negeri Sembilan Divaldo Da Silva percaya, pasukannya mampu mempamerkan peningkatan.

Bekas pengendali Persebaya ini juga yakin, keserasian pemain-pemain negeri akan bertambah baik selepas ini, walaupun masih ketandusan jaringan selepas dua perlawanan.

Da Silva turut memuji kelibat penjaga golnya Hamsani Ahmad, yang masih mampu menjelmakan aksi tangkas, biarpun sudah menjangkau 37 tahun.

Sementara itu, pengendali Terengganu E. Ellavarasan berasa kegagalan pasukannya, menyesuaikan diri dengan tempo permainan menjejaskan sedikit perancangannya.

Kini tumpuan Ellavarasan ialah untuk mempertajamkan lagi keberkesanan penyerang importnya Jean Effa Owona menjelang pertemuan dengan Selangor selepas ini.

Bekas pengendali Public Bank Selangor ini, masih yakin dengan kemampuan pemain Cameroon itu dan percaya, dia akan menemui sentuhannya dalam masa terdekat ini.