KUALA LUMPUR: Pelumba negara Syarifuddin Azman bersedia untuk menggegar litar antarabangsa selepas diberikan peluang membuat penampilan dalam pasukan Rivacold Snipers Team pada perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia 2022 hujung bulan ini.
Syarifuddin lebih dikenali sebagai Damok yang beraksi atas tiket 'wildcard' akan membuat penampilan itu dalam kelas Moto3 dalam dua pusingan perlumbaan membabitkan Grand Prix (GP) Portugal pada 22 hingga 24 April ini sebelum mengharungi perlumbaan GP Sepanyol pada 29 April hingga 1 Mei depan.
Damok dipilih bagi menggantikan pelumba Moto3, Alberto Surra yang masih bergelut dengan kecederaan serius yang dialami ketika sesi latihan bebas GP Amerika Syarikat pada 10 April lepas.
"Saya dapat tahu berita mengenai penyertaan dalam kejuaraan Moto3 daripada pengurus pasukan Sepang International Circuit (SIC) Racing Team, Zulfahmi Khairuddin.
"Pada mulanya, saya rasa tidak percaya namun sangat teruja untuk berlumba di Portimao hujung minggu ini," katanya dalam sidang media yang diadakan secara maya pada Rabu.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berharap agar pelumba kebangsaan itu dapat menampilkan aksi yang terbaik pada perlumbaan itu.
"Kita yakin dengan kemampuan Damok... jadi sasaran untuk tahun ini, sekurang-kurangnya dapat 15 mata ke atas itu adalah terbaik," katanya.
Damok sebelum ini pernah mengharumkan nama negara apabila muncul juara dalam perlumbaan pertama Moto3 Junior World Championship FIM CEV Repsol pada tahun lepas di Barcelona, Sepanyol.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022
Damok (gambar) dipilih bagi menggantikan Alberto Surra yang masih bergelut dengan kecederaan serius yang dialami ketika sesi latihan bebas GP Amerika Syarikat pada 10 April lepas. - Foto Astro ARENA
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Moto3: Masa depan Damok semakin kabur
Prestasi mengecewakan pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada GP Motosikal Malaysia 2023 semalam, kian menutup peluangnya.
Tindakan agresif Damok 'makan diri' di Sepang
Tindakan agresif pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada aksi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2023, memakan diri sendiri.
Damok bermotivasi untuk pusingan terakhir CEV Moto3 di Valencia
Pelumba negara Syarifudin Azman kekal bermotivasi tinggi menuju ke pusingan terakhir CEV Moto3 pada hujung minggu ini di Litar Ricardo Tormo, Valencia di Sepanyol.
Tahniah Damok! Muhyiddin bangga Syarifuddin gegar Litar Catalunya
Menerusi perkongsian di Facebooknya, Muhyiddin cukup berbangga dan gembira atas perkhabaran tersebut.
Grand Prix Itali: Pelumba Moto3 Jason Dupasquier meninggal dunia dalam nahas
Pelumba berusia 19 tahun mewakili Pruestel GP dari Switzerland itu mengalami kecederaan serius selepas terjatuh di selekoh ke-9 sebelum dilanggar pelumba lain.
Petronas Yamaha SRT nafi pinggirkan pelumba Malaysia
Razlan berkata banyak peluang diberikan kepada Khairul Idham, namun beliau gagal menjelmakan keputusan positif sepanjang dua musim bersama pasukan berkenaan sejak musim lepas.
Moto3: Khairul Idham digesa beri komitmen tinggi
Sebelum ini, Razlan meluahkan kekecewaan terhadap penunggang kelahiran Perak itu melakukan latihan berbasikal bersama pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah.
COVID-19: MotoGP Qatar batal
Ia susulan larangan perjalanan yang dikeluarkan negara itu ke atas pengunjung dari Itali gara-gara penularan COVID-19.
Martin raih kejuaraan sulung Moto3 dunia di Sepang
Pelumba daripada Sepanyol itu yang mencatatkan 38 minit 34.799 saat (s), telah mendahului sejak awal perlumbaan untuk memenangi Grand Prix Motosikal Malaysia 2018.
Penampilan Zulfahmi bersama SIC Racing berakhir
Zulfahmi berkata selepas bersaing dalam empat perlumbaan musim ini, dia membuat keputusan sambil disokong oleh pasukan agar beliau tidak meneruskan perlumbaan dalam Kejuaraan Moto2 tersebut.