awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Denmark kekal mahkota perseorangan lelaki, Antonsen juara Terbuka Malaysia 2024

Bernama
Bernama
14/01/2024
12:55 MYT
Denmark kekal mahkota perseorangan lelaki, Antonsen juara Terbuka Malaysia 2024
Antonsen mara ke final selepas mengetepikan wakil Taiwan, Lin Chun Yi 21-16, 21-17 manakala Yu Qi menyingkirkan Axelsen 21-12, 19-21, 21-17 dalam aksi separuh akhir semalam. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Denmark mengekalkan mahkota perseorangan lelaki Terbuka Malaysia hari ini selepas Anders Antonsen muncul juara, selepas juara bertahan Viktor Axelsen terkandas di separuh akhir semalam.
Antonsen, pemain di ranking kesembilan dunia, menewaskan Shi Yu Qi dari China dalam pertarungan mudah 21-14, 21-13 dalam perlawanan akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, yang merupakan satu kemenangan besar dalam kerjaya badmintonnya.
Kemenangan terbesar Antonsen sebelum ini ialah memenangi gelaran Jelajah Akhir Dunia 2020, yang juga merupakan kejohanan Super 1000, menewaskan rakan senegara Axelsen, selain satu pingat perak dan dua gangsa dalam Kejohanan Dunia.
Juara Terbuka Malaysia membawa pulang pingat, piala dan hadiah wang tunai US$91,000 (kira-kira RM422,877), manakala Yu Qi menerima US$44,200 (kira-kira RM205,397) berserta pingat dan piala.
Bercakap kepada pemberita, Antonsen menyifatkan kejayaan diraih hari ini merupakan detik bersejarah dalam hidupnya.
"Perasaan yang luar biasa, saya masih terkejut. Set pertama berlangsung sangat baik tapi set kedua penuh dengan debaran, bukan yang terbaik, saya juga bukan dalam keadaan terbaik ketika itu dan rasa terlalu lama untuk menamatkan perlawanan.
"Saya tidak sangka (menang mudah) dengan lawan sebegini. Ternyata ia merupakan perlawanan sukar buat beliau di set kedua dengan gangguan angin, jadi penting untuk saya menguasai set pertama," katanya.
Mengenai sambutan bagi meraikan kejayaannya, Antonsen berkata beliau akan menikmati 'makan besar' pada malam ini kemungkinan menjamu selera dengan burger, piza, santapan mewah atau mencari makanan tempatan.
Antonsen mara ke final selepas mengetepikan wakil Taiwan, Lin Chun Yi 21-16, 21-17 manakala Yu Qi menyingkirkan Axelsen 21-12, 19-21, 21-17 dalam aksi separuh akhir semalam.
Sementara itu, Yu Qi mengakui pemain Denmark itu bermain dengan lebih baik berbanding dirinya.
"Antonsen melakukan persiapan lebih baik dari saya. Beliau juga mempunyai kemahiran dan taktik yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Malaysia 2024
#wakil Taiwan
#Makan besar
#kemenangan besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan