BIARPUN dikenali dengan watak bengis di atas padang, Diego Costa, tidak malu untuk mengakui bahawa dia berada dalam keadaan yang begitu ketakutan ketika terpaksa menjalani penggambaran dengan serigala sebenar untuk video pengumuman menyertai Wolverhampton Wanderers.
Bekas penyerang Sepanyol kelahiran Brazil itu kembali mewarnai Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan dengan mengikat kontrak setahun.
Daily Mail melaporkan bekas bintang Chelsea dan Atletico Madrid itu yang menganggur sejak meninggalkan kelab Brazil, Atletico Mineiro, pada awal tahun ini bakal menjadi sandaran baru buat kelab bimbingan Bruno Lage tersebut yang hanya mencetak tiga jaringan dalam enam perlawanan setakat ini.
"Saya takut macam nak mati. Ketika memegang rantai anjing itu saya terus terlintas, 'bagaimana kalau serigala ini melompat ke atas saya dan mereka bertiga melakukannya sekali gus'," katanya dalam video media sosial kelab yang memaparkan dia memegang rantai yang mengikat tiga ekor serigala.
"Wanita yang merupakan pelatih serigala tersebut terus memanggil bagi meminta mereka supaya bergerak sedikit tetapi tidak diendahkan. Apabila ia datang menghidu saya, saya rasa ketika itu habislah saya.
"Saya agak takut ketika itu. Ia adalah serigala, bukannya anjing. Ia adalah satu pengalaman yang menarik tetapi tidak begitu selesa. Saya mempunyai lima ekor anjing tetapi mereka bukannya serigala!"
Astro Arena
Tue Sep 13 2022
Diego Costa dilaporkan bakal menjadi sandaran baru buat kelab bimbingan Bruno Lage tersebut yang hanya mencetak tiga jaringan dalam enam perlawanan setakat ini. - Foto Astro ARENA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
EPL: Kobbie Mainoo pastikan tiga mata buat Manchester United dalam aksi padat di Wolves
Gol EPL pertama pemain tengah berusia 18 tahun itu jelas mengejutkan penyokong tuan rumah.
'Apa guna ada VAR?' - O'Neil bengang selepas Wolves tewas di Fulham
Willian berjaya menjaringkan sepakan penalti keduanya dalam perlawanan untuk memastikan tiga mata untuk Fulham.
EPL: Wolves tamatkan rekod tanpa kalah Manchester City
Gol kemenangan Hwang Hee-chan dalam babak kedua memberikan pasukan tuan rumah itu kemenangan yang tidak dijangka.
EPL: Liverpool buat Wolves gigit jari
Jaringan sendiri Andrew Robertson dan Hugo Bueno menyaksikan The Reds pulang dari Molineux dengan kemenangan.
EPL: Wolves lantik Gary O'Neil ganti Julen Lopetegui sebagai pengurus
O'Neil dipecat Bournemouth pada Jun lalu walaupun berhasil memastikan The Cherries tidak tersingkir daripada EPL.
EPL: Gol Van Dijk, Salah buka peluang Liverpool rebut kelompok empat teratas
Kemenangan itu juga menyaksikan Liverpool kini melonjak ke tangga keenam EPL dalam pemburuan mereka untuk mendapatkan penamat empat teratas.
EPL: Wolves tambah sengsara Liverpool
Wolves pungut tiga mata penting untuk elak penyingkiran, meletakkannya di kedudukan ke-10 tanpa kemenangan selepas empat perlawanan liga.
Piala EFL: Man United diundi bertemu Forest
United akan bertandang ke City Ground untuk pertembungan separuh akhir, ketika ia mencari trofi pertama sejak 2017.
Julen Lopetegui pengurus baharu Wolves
Lage dipecat pada awal bulan lalu berikutan kekalahan kepada West Ham.
Diego Costa taruhan baru Wolves buru gol
Bekas penyerang Sepanyol kelahiran Brazil itu kembali mewarnai EPL berkenaan dengan mengikat kontrak setahun.